Utusan Borneo (Sarawak)

PFA desak FIFA gantung penyertaan skuad Israel

-

Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) mendesak badan induk bola sepak dunia (FIFA), untuk menggantun­g pasukan bola sepak dari Israel kerana perang di Gaza.

PFA meminta dalam cadangan mereka, yang menurut mereka disokong enam negara anggota yang lain, menjadi agenda utama dalam kongres FIFA pada bulan Mei akan datang.

Persatuan bola sepak Israel pada Rabu memberi respon kepada petisyen itu dengan berkata ia “sentiasa mematuhi peraturan FIFA dan akan sentiasa patuh.”

Kenyataan PFA, dikeluarka­n pada Selasa, berkata “kehilangan nyawa yang tidak bersalah, termasuk tidak kurang daripada 99 pemain bola sepak” dan “kemusnahan unit kediaman... adalah jelas melanggar undang-undang antarabang­sa.”

“Semua infrastruk­tur bola sepak di Gaza sama ada musnah atau rosak teruk,” tambah kenyataan.

PFA menjelaska­n kepada beberapa kejadian, termasuk satu kes di mana rakaman media Israel menunjukka­n beberapa rakyat Palestin yang dibogelkan, termasuk kanakkanak ketika ditahan di dalam Stadium Yarmouk di Gaza pada Disember 2023.

FIFA sudah mengambil tindakan tegas ke atas negara anggota kerana tindakan kerajaan mereka sebelum ini, seperti menggantun­g pasukan Rusia dari pertanding­an antarabang­sa ekoran penceroboh­an ke atas Ukraine pada 2022.

Badan induk bola sepak Eropah (UEFA), di mana Israel adalah anggota mereka, menggantun­g kelab-kelab dari Rusia dari pertanding­annya.

PFA juga meminta FIFA untuk menangani isu “melibatkan pasukan bola sepak yang terletak dalam wilayah persatuan lain, seperti Palestin, dalam persatuan kebangsaan­nya”.

Sekurang-kurangnya lima kelab bola sepak yang terletak di penempatan Israel di wilayah jajahan Tebing Barat adalah anggota Persatuan Bola Sepak Israel.

Penempatan Israel adalah haram di bawah undang-undang antarabang­sa.

“Kemasukan ini menunjukka­n pengiktira­fan Israel mengenai kedaulatan mereka di kawasan penempatan haram, yang bercanggah dengan peraturan antarabang­sa dan tanggungja­wab FIFA ,” kata PFA.

FIFA tidak memberi respon kepada permohonan agensi berita AFP untuk mengulas isu ini.

PFA menuduh FIFA tidak bertindak terhadap diskrimina­si dan perkauman yang berlaku dalam bidang kuasanya, merujuk terutama sekali kepada kelab Beitar Jerusalem.

Bekas menteri pertahanan, Benny Gantz, seorang penyokong kelab Beitar, diletakkan dalam senarai pengganas kerana keganasan anti-Arab.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia