Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern buat tawaran terakhir kepada Davies untuk lanjutkan kontrak

- — AFP

Pengarah teknikal kelab Bayern Munich, Max Eberl berkata kelab telah membuat tawaran terakhir kepada pemain pertahanan kiri kelab dari Kanada, Alphonso Davies untuk melanjutka­n kontrak berikutan dengan laporan minat dari kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid.

“Saya boleh berkata bahawa kami ada memberikan Alphonso satu tawaran yang konkrit dan baik,” kata Eberl ketika memberitah­u majalah sukan tempatan, Sport Bild pada Rabu. “Pada satu ketika dalam hidup anda, ia adalah tentang ya atau tidak.”

Kontrak Davies bersama Bayern berakhir pada akhir musim hadapan, bermakna Bayern boleh kehilangan pemain berusia 23 tahun itu pada 2025 tanpa menerima sebarang yuran perpindaha­n jika pemain membuat keputusan tidak melanjutka­n kontraknya.

Media Sepanyol mencadangk­an Davies sudah mencapai satu persetujua­n dengan Real Madrid mengenai satu perpindaha­n tetapi Eberl berkata Real Madrid masih belum berhubung. Bayern masih boleh menuntut yuran perpindaha­n jika Davies mahu meninggalk­an kelab pada akhir musim ini.

“Tiada kelab mahu kehilangan pemain secara percuma,” kata Eberl bulan lepas.

Sumber berkata ketika Real masih berminat mendapatka­n Davies, mereka tidak bersedia membayar lebih dari 40 juta euro untuk mendapatka­n pemain pada musim panas akan datang dan bersedia untuk menunggu satu tahun lagi untuk mendapatka­n khidmatnya tanpa sebarang yuran perpindaha­n.

Sumber juga menambah bahawa Davies berhasrat untuk menyertai Real Madrid.

Davies, yang menjaringk­an 15 gol dari 45 perlawanan untuk Kanada, sudah membuat 127 penampilan dalam Bundesliga Jerman bersama Bayern.

Davies, pemain kelahiran Ghana dengan kerakyatan Kanada, menyertai Bayern pada Januari 2019 selepas kelab bersetuju dengan yuran perpindaha­n sehingga 22 juta dolar dari kelab Vancouver Whitecaps pada tahun sebelum untuk pemain berusia 17 tahun ketika itu. Ia adalah satu rekod untuk pemain dari Liga Bola Sepak Utama (MLS) ketika itu.

Bayern juga mengesahka­n pada Rabu bahawa kapten pasukan, Manuel Neuer akan kembali ke kelab dan tidak dapat beraksi bersama Jerman dalam perlawanan persahabat­an antarabang­sa menentang Perancis dan Belanda kerana kecederaan ketika menjalani sesi latihan bersama pasukan kebangsaan.

 ?? DAVIES ??
DAVIES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia