Utusan Borneo (Sarawak)

Mohd Ben Sulayem dibebaskan dari tuduhan campur tangan dalam Formula 1 GP Las Vegas

-

Presiden Persekutua­n Permotoran Antarabang­sa (FIA), Mohammed Ben Sulayem, pada Rabu dibebaskan dari tuduhan di mana dia campur tangan dengan badan induk itu semasa perlumbaan sulung Formula Satu (F1) di Grand Prix Las Vegas tahun lepas.

Jawatankua­sa etika badan induk itu berkata “satu siasatan bebas meluas dan terperinci sepanjang 30 hari, yang termasuk temu bual dengan 11 saksi” berlangsun­g.

“Dakwaan terhadap presiden FIA tidak disokong oleh bukti,” kata badan itu dalam satu kenyataan.

Ben Sulayem dikatakan meminta pegawai perlumbaan “untuk mencari beberapa isu bagi menghalang FIA meluluskan litar sebelum perlumbaan hujung minggu

(di Las Vegas),” menurut kepada satu laporan dalaman FIA yang dipetik sebagai berkata oleh penyiaran BBC.

Menurut pembongkar maklumat yang disebut dalam laporan pematuhan, “cadangan adalah untuk mengesan

kesalahan dengan litar dalam usaha untuk memberikan lesen.”

Sebab kenapa presiden

FIA mahu menghalang perlumbaan berlangsun­g tidak pernah dijelaskan.

Bagaimanap­un, ada dakwaan ketegangan mengenai pengaruh dalam sukan di antara FIA dan pemilik F1, Liberty Media, yang memiliki hak komersial F1 dan menjadi penganjur Grand Prix Las Vegas.

Jawatankua­sa etika FIA juga membebaska­n Ben Sulayem mengenai dakwaan campur tangan dalam satu lagi perlumbaan, di Grand Prix Arab Saudi tahun lepas.

Penyiaran BBC mendakwa Sulayem meminta pegawai perlumbaan untuk membatalka­n denda dikenakan ke atas Fernando Alonso.

Bagaimanap­un, “presiden dibebaskan dari sebarang salah laku,” kata FIA dalam satu kenyataan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BEBAS: Mohd Ben Sulayem (kanan) berbual dengan Horner pada sesi latihan menjelang perlumbaan F1 GP Bahrain pada awal bulan lalu.
— Gambar AFP BEBAS: Mohd Ben Sulayem (kanan) berbual dengan Horner pada sesi latihan menjelang perlumbaan F1 GP Bahrain pada awal bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia