Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad lelaki Perancis pasukan pilihan

Pasukan bimbingan Henry bersedia untuk menangi pingat emasa acara bola sepak lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024

- — AFP

SAINT-DENIS: Skuad kebangsaan Perancis untuk acara sukan bola sepak lelaki di Sukan Olimpik Paris 2024, menjadi pilihan utama muncul juara berikutan dengan undian selesa lawan mereka, ketika skuad kendalian Thierry Henry itu menunggu jika Kylian Mbappe dapat diturunkan atau tidak.

“Tiada apa yang mudah,” kata Henry selepas undian tetapi pasukannya, yang sudah menjadi antara pilihan untuk memenangi pingat emas, mengelak kemungkina­n kesukaran selepas tidak diundi bersama-sama Maghribi dan Mesir.

Skuad bawah 23 tahun Perancis itu diundi dalam Kumpulan A bersama-sama New Zealand, Amerika Syarikat (AS) dan pemenang perlawanan playoff Zon Asia (AFC) dan Afrika (CAF).

Dengan barisan bakat seperti Eduardo Camavinga, Bradley Barcola dan Warren Zaire-Emery yang boleh diturunkan, Henry mahu memenangi saingan kumpulan pusingan pertama.

Memenangi kumpulan akan bermakna mereka boleh mengelak Argentina, yang diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Maghribi,

Ukraine dan pemenang tempat ketiga dari Asia.

Ia difahamkan bahawa Mbappe, penyerang sensasi

antarabang­sa Perancis dan kelab Paris Saint-Germain (PSG), juga berminat untuk mewakili Perancis di Sukan

Olimpik tetapi dia dijangka tidak mempunyai banyak masa rehat selepas Euro 2024.

Badan induk bola sepak dunia (FIFA), tidak mewajibkan kelab melepaskan pemain untuk ke Sukan Olimpik,

yang akan menyukarka­n lagi situasi Mbappe.

Sepanyol, pemenang pingat perak di Sukan Olimpik

Tokyo 2020, diundi dalam Kumpulan C, bersama-sama Mesir, Republik Dominica dan pemenang tempat kedua dari kejohanan dari Asia.

Kumpulan D terdiri dari Paraguay, Israel, Mali dan pemenang pertama dari AFC.

Acara bola sepak lelaki di Sukan Olimpik dihadkan kepada pemain lahir selepas 1 Januari 2001 tetapi setiap pasukan dibenarkan memilih tiga pemain lebih usia untuk diturunkan dalam skuad.

Acara bola sepak lelaki akan bermula 24 Julai, dua hari sebelum majlis pembukaan rasmi Sukan Olimpik dan berakhir dengan final di Paris pada 9 Ogos.

Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir.

Piala Asia Bawah 23 Tahun akan berlangsun­g di Qatar dari 15 April hingga 3 Mei, dengan dua finalis dan pasukan di tangga ketiga akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik.

Perlawanan playoff AFCCAF akan menentukan pasukan terakhir yang layak ke Sukan Olimpik. Ia akan merupakan perlawanan di antara wakil Afrika, Guinea dan pasukan di tangga keempat Piala Asia Bawah 23 Tahun.

 ?? — Gambar AFP ?? PANASKAN BADAN: Skuad bola sepak lelaki Perancis menjalani sesi latihan sebagai persediaan untuk perlawanan persahabat­an yang akan datang.
— Gambar AFP PANASKAN BADAN: Skuad bola sepak lelaki Perancis menjalani sesi latihan sebagai persediaan untuk perlawanan persahabat­an yang akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia