Utusan Borneo (Sarawak)

Tomiyasu lanjutkan kontrak bersama Arsenal sehingga 2026

-

Takehiro Tomiyasu menandatan­gani kontrak baharu bersama kelab Arsenal dan mengekalka­nnya di Stadium Emirates sehingga 2026.

Sumber memberitah­u penyiaran ESPN di mana perjanjian untuk pemain antarabang­sa Jepun itu mempunyai pilihan lanjutan 12 bulan lagi.

Kontrak lama Tomiyasu berakhir pada 2025 tetapi Arsenal bertindak memberi ganjaran kepada pemain berusia 25 tahun itu selepas membuat 20 penampilan bersama kelab dalam semua pertanding­an musim ini.

“Saya mahu mencapai sesuatu,” kata Tomiyasu. “Saya mahu memenangi sesuatu bersama-sama rakan sepasukan, bersama-sama penyokong.

“Saya berasa sangat gembira untuk melanjutka­n kontrak saya kerana Arsenal adalah salah satu kelab terbaik di dunia. Dan ia adalah satu impian untuk bermain bersama kelab ini, jadi saya berasa gembira.”

Tomiyasu menyertai Arsenal dari kelab Serie A Itali, Bologna pada Ogos 2021 untuk yuran perpindaha­n 19.7 jua pound dan sudah beraksi

41 kali bersama Jepun.

Dia tidak diturunkan kerana kecederaan betis ketika ini namun kemampuan bermain di beberapa posisi menjadikan­nya aset penting buat Arsenal, bermain di semua posisi pertahanan dan juga di pertahanan tengah ketika dia bersaing untuk menjadi pemain pertahanan utama kelab.

“Kami memiliki begitu ramai pemain hebat di sini,” kata Tomiyasu. “Saya bermain di posisi pertahanan di Arsenal tetapi apabila saya bermain bersama skuad kebangsaan, saya bermain di posisi pertahanan tengah. Jadi saya belajar dari pemain pertahanan lain.

Mereka sangat bagus.

“Ada saingan kuat di kalangan pemain tetapi ia adalah persekitar­an yang baik untuk menjadikan anda pemain yang lebih bagus.”

Pengurus Arsenal, Mike Arteta berkata: “Kami berasa gembira di mana Tomi terus komited dengan masa depannya bersama kami. Bersamasam­a dengan kemampuan dan kekuatan semula jadi, sikap, mentaliti dan nilai Tomi adalah kelas pertama.

“Dia disukai oleh semua orang dan sudah menjadi pemain penting dalam skuad sejak menyertai kami. Cara dia berlatih, dengan keazaman dan kesungguha­n untuk menjadi yang terbaik setiap hari, sangat dikagumi. Kami tidak sabar untuk terus bekerja dengan Tomi di masa hadapan.

Tomiyasu adalah pemain terbaharu kelab yang terus memberikan komitmen masa depan di kelab, selepas Ben White menandatan­gani kontrak lanjutan sehingga 2028 minggu lepas sementara Bukayo Saka dan Martin Odegaard juga menandatan­gani kontrak baharu jangka panjang dalam 18 bulan terakhir.

 ?? ?? TOMIYASU
TOMIYASU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia