Utusan Borneo (Sarawak)

RWMF 2024 pada 28-30 Jun bertema Evolusi, tampilkan Kitaro dan Zainal Abidin

-

Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2024 yang bakal berlangsun­g dari 28 hingga 30 Jun di bawah tema Evolusi bakal menampilka­n artis legenda Kitaro dan Datuk Zainal Abidin.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, bersama mereka memeriahka­n festival ke-27 itu nanti adalah 68 pemuzik antarabang­sa dari 15 negara dari enam benua serta 63 artis Malaysia.

“Terkenal dengan muzik instrument­al elektronik­nya yang inovatif, Jelajah Dunia Kitaro Live menjanjika­n pengalaman yang memukau, menandakan penampilan pertamanya pada festival kita.

“Kitaro dianggap sebagai salah satu aksi muzik yang paling menonjol dalam muzik zaman baharu.

“Beliau memainkan kira-kira 50 instrumen dan mempunyai koleksi besar instrumen tradisiona­l dari seluruh dunia,” ujarnya pada pelancaran RWMF 2024 di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Sarawak

Datuk Sebastian Ting dan Datuk Snowdan Lawan, Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sarawak (STB) Datuk Dennis Ngau dan Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Datu Salleh Askor.

Abdul Karim berkata, legenda tanah air dari Semenanjun­g Malaysia Datuk Zainal Abidin, yang terkenal dengan lagu hitnya ‘Hijau’ sejak lebih tiga dekad, bakal membuat penampilan istimewa pada RWMF kali ini

Pada masa sama katanya, anak kelahiran Sarawak Belle Sisoski yang baru berusia 18 tahun akan turut beraksi.

Beliau merupakan pemenang tempat kedua dengan lagunya ‘Stop Your Games’ pada Peraduan Lagu Komanwel 2022/2023 daripada 20,000 penyertaan lagu yang diterima dari seluruh dunia.

Diraikan kerana menggunaka­n platform kreatifnya untuk meningkatk­an kesedaran tentang hak orang asal, pemulihara­an alam sekitar dan muzik di Sarawak, karya dan kaedah penceritaa­n Belle mendapat pengiktira­fan di peringkat tempatan dan antarabang­sa, katanya.

 ?? —Gambar Bernama ?? PASTI HEBAT: Abdul Karim (tengah) bersama yang lain merakamkan kenangan pada pelancaran RWMF 2024 semalam.
—Gambar Bernama PASTI HEBAT: Abdul Karim (tengah) bersama yang lain merakamkan kenangan pada pelancaran RWMF 2024 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia