Utusan Borneo (Sarawak)

Lembaga pusat urus semua pelabuhan

Pengurusan di bawah satu bumbung akan beri impak kepada pembanguna­n ekonomi Sarawak: Abang Johari

- Oleh Jessica Jawing

Sarawak bakal mewujudkan satu lembaga pelabuhan pusat atau ‘Central Port Authority’ yang akan menguruska­n semua pelabuhan di bawah kerajaan negeri, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, menerusi lembaga pelabuhan pusat itu semua pelabuhan yang ada di Sarawak seperti Pelabuhan Kuching, Pelabuhan Miri, Pelabuhan Tanjung Manis dan Pelabuhan Sibu (Rajang) akan diuruskan di bawah satu bumbung.

“Ini akan kita urus bersama dengan Pelabuhan Bintulu nanti (sebaik diambil alih) di bawah satu bumbung oleh lembaga pelabuhan pusat. Ini akan memberikan impak kepada pembanguna­n ekonomi yang sedang berjalan di Sarawak serta ekonomi Malaysia secara keseluruha­nnya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatan­gani Perjanjian Persefaham­an (MoU) Penukaran Status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutua­n kepada Pelabuhan Negeri yang dihadiri Menteri Pengangkut­an Malaysia Anthony Loke di Kuala Lumpur, semalam.

Pemeteraia­n MoU berkenaan menyaksika­n kerajaan persekutua­n diwakili Loke, manakala Sarawak diwakili Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Sarawak.

Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof.

Menurut Abang Johari, pelabuhanp­elabuhan berkenaan memainkan peranan penting selaras dengan dasar Strategi Pembanguna­n Pasca COVID19 (PCDS) 2030.

Mengenai penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan persekutua­n kepada negeri, beliau berharap ia dapat diselesaik­an dalam tahun ini.

Katanya, dengan menguruska­n sendiri Pelabuhan Bintulu, ia dapat menyelaras­kan sumber-sumber eksport negeri terutamany­a hidrogen yang kini giat dibangunka­n.

“Saya yakin bahawa dengan pengurusan di bawah kerajaan

Sarawak sendiri, kita dapat menyelaras­kan sumber-sumber eksport ke pelabuhan strategik dan Bintulu adalah pelabuhan strategik.

“Saya berasakan pembanguna­n masa depan akan bergantung kepada tenaga hijau dan kita menumpukan tenaga hijau yang akan membenarka­n pelabur datang bagi produk hijau. Ini selaras dengan

pembanguna­n yang berlaku di seluruh dunia,” katanya.

Tambah Abang Johari, dari segi aliran trafik antara timur dan barat dan, Pelabuhan Bintulu akan memberi impak bukan sahaja kepada Sarawak, tetapi juga negara secara keseluruha­nnya.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada Kerajaan MADANI persekutua­n dan juga rakan saya dari Sarawak pada majlis MoU penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan persekutua­n kepada negeri.

“Kita berharap sebelum habis tahun ini, perkara ini dapat diselesaik­an dan Pelabuhan Bintulu akan diuruskan kerajaan negeri.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERMETERAI: Anwar bersama Abang Johari dan Fadillah menyaksika­n majlis pertukaran dokumen MoU Penukaran Status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutua­n kepada Pelabuhan Negeri antara Loke (depan, kiri) dan Uggah di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama TERMETERAI: Anwar bersama Abang Johari dan Fadillah menyaksika­n majlis pertukaran dokumen MoU Penukaran Status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutua­n kepada Pelabuhan Negeri antara Loke (depan, kiri) dan Uggah di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia