Utusan Borneo (Sarawak)

Pecah rumah dan curi, lelaki dipenjara 12 bulan

-

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 bulanolehM­ahkamahMaj­istret di sini semalam atas kesalahan melakukan pecah rumah dan curi gajet di sebuah pejabat syarikat pembinaan.

Hew Yew Tung, 45, mengaku bersalah di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan selepas pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun sama dibacakan terhadapny­a.

Hew bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas melakukan kesalahan itu di pejabat sebuah syarikat pembinaan di Jalan Stutong Baru di sini sekitar jam 7.06 pagi pada 3

Mac 2024.

Berdasarka­n fakta kes, seorang pekerja yang tiba di pejabat mendapati lampu dan pendingin hawa dalam keadaan terbuka dan selepas diperiksa mendapatip­intudibaha­gianbelaka­ng pejabat telah dipecahkan dan beberapa barang hilang.

Antara barangan yang hilang ialah empat unit komputer serta perkakasny­a.

Anggaran kerugian ialah RM10,000.

Laporan polis telah difailkan oleh pekerja itu yang membawa kepada penahanan Hew pada 8 Mac.

Siasatan mendapati rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jelas memaparkan Hew yang telah memecah masuk pejabat dan mencuri barang-barang dari premis itu.

Difahamkan, Hew turut mempunyai lima rekod jenayah lampau membabitka­n pecah rumah, curi dan penyalahgu­naan dadah.

Di mahkamah sama, Hew turut dijatuhi hukuman penjara sebulanker­anasecarat­idakjujur menyimpan apron yang dicuri milik sebuah kedai makan di Gala City di sini.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua kes didakwa oleh Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang, manakala Hew tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia