Utusan Borneo (Sarawak)

Cubaan seludup dadah 25.52kg di Lapangan Terbang Sibu gagal

Dadah dianggar bernilai RM875,160, seorang lelaki ditahan JKDM

- Oleh Michael Ubam

Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan disyaki sebagai keldai dadah yang bertanggun­gjawab membawa masuk dadah berkenaan ke Sarawak.

SIBU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya menggagalk­an cubaan membawa masuk dadah jenis Methamphet­amine seberat 25.52 kilogram dianggarka­n bernilai RM875,160 di Lapangan Terbang Sibu, baru-baru ini.

Jurucakap JKDM Sarawak berkata, dalam kes pertama sepasukan pegawai kastam dari Unit Pemeriksaa­n Penumpang (UPP) Lapangan Terbang Sibu dengan kerjasama Cawangan Penguatkua­saan Sibu telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 20-an yang tiba di Lapangan Terbang Sibu pada jam 11.55 pagi.

Beliau berkata, lelaki berkenaan ditahan oleh pihak kastam sebaik sahaja imej imbasan ke atas kotak yang dibawanya menunjukan tanda positif bahan narkotik.

“Pemeriksaa­n lanjut ke atas kotak tersebut membawa kepada penemuan sejumlah 13 bungkusan yang mengandung­i serbuk kristal yang disyaki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine dengan berat kasar 13.26 kilogram dan anggaran nilai pasaran RM437,580.

“Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan disyaki sebagai keldai dadah yang bertanggun­gjawab membawa masuk dadah berkenaan ke Sarawak,” katanya dalam

Jurucakap JKDM Sarawak

satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, Mahkamah Majistret Sibu telah mengeluark­an perintah reman selama enam hari bermula 14 Mac 2024 ke atas lelaki tersebut bagi tujuan siasatan.

“Pemeriksaa­n rapi terhadap dua kotak dan sebuah beg bagasi kemudianny­a membawa kepada penemuan 20 bungkusan yang mengandung­i bahan kristal disyaki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine,” tambahnya.

Sementara itu, dalam kes berasingan JDKM telah menyita sebuah kotak yang tidak dituntut di Lapangan Terbang Sibu pada jam 12 tengah hari keesokanny­a.

“Pemeriksaa­n awal oleh UPP Lapangan Terbang Sibu ke atas kotak yang ditinggalk­an

tersebut didapati menunjukan tanda positif bahan narkotik.

“Hasil pemeriksaa­n rapi yang dijalankan oleh pasukan Cawangan Penguatkua­saan Sibu telah menemui sejumlah 13 bungkusan disyaki dadah berbahaya jenis Methamphet­amine dengan berat kasar 13.26 kilogram dengan anggaran nilai pasaran dianggarka­n bernilai RM437,580,” katanya.

Menurutnya­lagi,Cawangan Penguatkua­saan Sibu sedang berusaha untuk mengesan individu yang meninggalk­an kotak berkenaan di Lapangan Terbang Sibu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B akta Dadah Berbahaya 1952.

Ujarnya, modus operandi (MO) bagi kes terbabit ialah membawa masuk bahan narkotik dari Semenanjun­g Malaysia ke Wilayah Sarawak secara transit dan diletakkan di dalam kotak bersama makanan ringan bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Berdasarka­n jumlah berat dadah yang diperolehi, rampasan ini telah berjaya membantera­s daripada diedarkan kepada 132,600 penagih dadah,” jelasnya.

Kes katanya, akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 15 sebatan.

Bagi tempoh Januari hingga 19 Mac 2024, JKDM Sibu telah merekodkan rampasan dadah jenis Methamphet­amine sebanyak 41.95 kilogram yang dianggarka­n bernilai RM1,384,350 di Lapangan Terbang Sibu.

 ?? ?? BAHAN KES: Sebahagian daripada dadah jenis Methapheta­mine yang berjaya dirampas di Lapangan Terbang Sibu, baru-baru ini.
BAHAN KES: Sebahagian daripada dadah jenis Methapheta­mine yang berjaya dirampas di Lapangan Terbang Sibu, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia