Utusan Borneo (Sarawak)

Fuziah harap program MYSaveFood Ramadan diteruskan selepas Aidilfitri

-

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Fuziah Salleh berharap dapat meneruskan Program MYSaveFood Ramadan di pasar malam Metrocity selepas Aidilfitri ini.

Fuziah berkata beliau telah berbincang dengan Jawatankua­sa Persatuan Penjaja di sini untuk meneruskan program yang bertujuan untuk menyelamat­kan makanan yang masih elok dan berlebihan sepanjang bulan Ramadan.

“Mungkin ini merupakan projek kita yang pertama di pasar malam Metrocity untuk menyelamat­kan makanan apabila habis pasar malam,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media selesai mengadakan sesi ‘walkabout’ di Bazar Ramadan Metrocity Matang di sini, sekaligus melancarka­n Bazar Ramadan RAHMAH (BRR) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2024 dan Program MySaveFood Peringkat Negeri Sarawak.

Mengenai Projek Malaysia Save Food Ramadan 2024 atau juga dikenali sebagai MySaveFood yang dilancarka­n di Bazar Ramadan

Metrocity Matang di sini hari ini, Fuziah berkata ia adalah untuk membudayak­an satu sistem pengurusan lebihan makanan yang efektif di bazar Ramadan.

Ia katanya, juga merupakan usaha mengurangk­an pembaziran makanan sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurutnya, menerusi program MYSaveFood ini, KPDN berjaya menyelamat­kan 15,000 kilogram pelepasan gas rumah hijau di seluruh negara setakat semalam.

“Selain itu, pihak kami berjaya menyelamat­kan lebih 14,000 tan makanan dan minum.

“Di Bazar Ramadan Stutong, kita selamatkan 199 kilogram makanan.

“Sementara di Bazar Ramadan Kota Samarahan, 292.6 kilogram makanan dan di Bazar Ramadan Metrocity, 16.95 kilogram,” katanya lagi.

Tambahnya, makanan dan minuman yang tidak habis dijual diagihkan secara percuma kepada golongan sasar seperti pelajar universiti, asnaf, gelandanga­n, rumah kebajikan dan rumah ibadah.

Hadir sama, Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia