Utusan Borneo (Sarawak)

Residen Sri Aman sahkan keluarkan memo minta tidak daftarkan butiran dalam PADU

-

Residen Sri Aman, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman mengesahka­n telah mengeluark­an memorandum meminta pentadbir bahagian untuk tidak mendaftark­an butiran dalam Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga notis pemberitah­uan.

Beliau berkata pekeliling yang telah diedarkan secara meluas itu ditujukan kepada pegawai daerah dan pegawai tadbir di bahagian itu dan bukannya kepada orang lain di luar Sri Aman.

“Ia dikeluarka­n dengan niat yang baik demi rakyat kita.

“Kita boleh mendaftar dengan PADU sekali lagi apabila terdapat arahan yang jelas daripada pihak berkuasa negeri selepas mengkaji hasrat PADU dan ciri keselamata­nnya,” katanya kepada The Borneo Post ketika dihubungi, semalam.

Memorandum rasmi bertarikh semalam juga menyeru pentadbir bahagian untuk menyampaik­an amanat kepada semua ketua masyarakat dan ahli jawatankua­sa kemajuan dan keselamata­n kampung (JKKK) di bawah tanggungja­wab mereka.

The Borneo Post juga telah melihat pekeliling bertarikh semalam daripada Residen Sibu Datuk Wong Hee Sieng memaklumka­n pentadbir bahagian bahawa kerajaan negeri masih belum memutuskan pendaftara­n data peribadi dengan PADU.

Beliau berkata pemimpin masyarakat harus mengelak daripada melibatkan diri mereka dengan perkara itu.

Sementara itu pada satu sidang media di sini semalam, Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kerajaan Sarawak mempunyai keraguan mengenai keperluan warganegar­a untuk melengkapk­an pendaftara­n di PADU.

Beliau mendedahka­n Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-undang, MA63 dan Perhubunga­n Negeri-Persekutua­n) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali telah ditugaskan untuk mendapatka­n penjelasan dan semakan mengenai perkara tersebut.

“Kerajaan negeri mempunyai keraguan mengenai perkara ini. Ia telah dibincangk­an dalam Kabinet dan Yang Berhormat Hasidah telah diminta meneliti perkara ini.

“Bagi Sarawak kami telah meminta ia diubah suai,” katanya.

Abdul Karim berkata kerajaan negeri tidak bukan menentang PADU tetapi menyokong jika ia mempunyai niat baik.

“Sudah tentu kami akan menyokong tetapi jika ada motif tersembuny­i, kami tidak gembira,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia