Utusan Borneo (Sarawak)

Isi butiran dalam PADU ibarat bogelkan diri sendiri: Abdul Karim

-

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengibarat­kan rakyat yang mengisi butiran di dalam Pangkalan Data Utama (PADU) seperti membogelka­n diri sendiri.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita untuk mengulas berkenaan PADU pada sidang media pelancaran Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2024 di sini, semalam.

“Secara peribadi saya percaya, terdapat sedikit kelainan untuk negeri Sarawak. PADU adalah seperti apa yang telah kita ada sebelum ini iaitu e-Kasih. Kenapa mahu tukar?

“Dua tiga tahun... tukartukar. Ia akan menimbulka­n banyak masalah. Terusteran­g saya rasakan... pada saat anda mengisi maklumat di dalam sistem PADU adalah seperti anda membogelka­n diri sendiri. Anda tahu itu?” ujarnya.

Menurut Abdul Karim, cara kerajaan persekutua­n melayani rakyat adalah tidak betul kerana sekiranya PADU benar-benar untuk membantu mereka yang miskin, barulah diisi borang pada masa itu.

“Tetapi jangan pergi lebih daripada itu, untuk menyuruh semua orang mengisi nanti digunakan data-data ini untuk politik pula pada masa pilihan raya,” tegas beliau.

“Itu yang saya rasakan secara peribadi, kerajaan negeri mempunyai sedikit persoalan tentang perkara ini kerana ia telah dibawa ke perbincang­an kabinet.

“Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubunga­n NegeriPers­ekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali telah diminta untuk meneliti perkara berkenaan.

“Kita minta ada diubahsuai­kan untuk memenuhi keperluan rakyat di Sarawak,” ujarnya.

Beliau turut ditanya sama ada rakyat perlu mengisi PADU sekiranya diminta oleh pegawai daerah, ketua kaum atau jawatankua­sa kemajuan dan keselamata­n kampung (JKKK).

Jawab beliau ringkas, “Jangan tergesa-gesa dalam sesuatu, lihat secara mendalam kenapa kita hendakkan PADU. Lihat secara terperinci kenapa ia diperlukan.”

“Sebelum ini sistem e-Kasih telah dibangunka­n sebagai satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.

“Sebab itu kita mahu perkara ini dilihat secara terperinci dan kita bukannya tidak menyokong... dengan niat yang baik. Tetapi jika ia dibuat kerana mempunyai sebab lain, kita tidak gembira,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia