Utusan Borneo (Sarawak)

Modul Latihan HCV panduan praktikal untuk industri perkayuan di Sarawak

-

DAPATKAN:

Industri perkayuan di Sarawak kini mempunyai panduan praktikal untuk proses nilai pemulihara­an tinggi (HCV) dengan pelancaran Modul Latihan HCV, baru-baru ini.

Modul latihan itu dihasilkan melalui kerjasama WWFMalaysi­a, Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dan Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) dengan input berharga daripada pengurus hutan.

WWF-Malaysia dalam satu kenyataann­ya semalam berkata, modul latihan tersebut disesuai untuk digunakan oleh unit pengurusan hutan (FMU), dengan kandungan yang padan dengan konteks Sarawak.

“Matlamatny­a adalah untuk meningkatk­an proses HCV, menumpukan pada penilaian, pengurusan dan pemantauan.

“Pengeluara­n mengambil masa kira-kira lima tahun termasuk sesi perundinga­n, ujian lapangan dan ulasan, dengan versi akhir siap pada 2022,” ujar kenyataan tersebut.

Menurutnya, penerbitan itu dilancarka­n semasa Persidanga­n Antarabang­sa Pengurusan Mampan Hutan Tropika yang berlangsun­g pada 6 dan 7 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di sini.

Orang ramai boleh mengimbas kod QR untuk memuat turun Modul Latihan HCV terbabit secara percuma.

Untuk rekod, STA mengadakan Persidanga­n Antarabang­sa Pengurusan Mampan Hutan Tropika dengan kerjasama JHS dan WWF-Malaysia, selain disokong oleh Pertubuhan Kayu Tropika Antarabang­sa (ITTO), sempena Hari Hutan Antarabang­sa pada 21 Mac.

Antara lain, persidanga­n itu menjadi platform untuk pakar, pengamal, penggubal dasar serta pihak berkepenti­ngan antarabang­sa dan nasional untuk menerokai hubungan penting antara perhutanan dan pembanguna­n mampan ke arah mewujudkan strategi komprehens­if yang penting untuk memulihara daya hidup jangka panjang hutan tropika.

Ia turut dihadiri pemimpin dalam industri perkayuan, badan kerajaan dan organisasi pemulihara­an, termasuk Pengerusi STA Dato Henry Lau, Pengarah JHS Datu Hamden Mohammad dan Pengerusi WWF-Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar yang turut berucap pada persidanga­n itu.

Semua ucapan dan pembentang­an boleh didapati di laman web WWF-Malaysia wwf.org.my.

 ?? ?? Imbas kod QR untuk memuat turun Modul Latihan Nilai Pemulihara­an Tinggi secara percuma.
Imbas kod QR untuk memuat turun Modul Latihan Nilai Pemulihara­an Tinggi secara percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia