Utusan Borneo (Sarawak)

Status Pelabuhan Bintulu dijangka muktamad tahun ini

Proses penukaran status masih berjalan, keseluruha­n operasi dijangka diserah kepada kerajaan Sarawak menjelang 2025

- Oleh Jessica Jawing Anthony Loke Menteri Pengangkut­an Malaysia

KUCHING: Proses penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan persekutua­n kepada pelabuhan negeri dijangka diselesaik­an tahun ini dan keseluruha­n operasinya diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan Sarawak menjelang 2025.

Menteri Pengangkut­an Malaysia Anthony Loke berkata, meskipun memorandum persefaham­an (MoU) penukaran status berkenaan diadakan hari ini (semalam), namun ada beberapa proses yang masih lagi perlu dilaksanak­an.

“Selepas ini ada beberapa proses lagi yang perlu dilaksanak­an. Pertamanya kita kena bawa ke Parlimen untuk memansuhka­n Akta Pelabuhan Bintulu kerana Pelabuhan Bintulu ini ditubuhkan di bawah satu Akta Parlimen 1981, jadi akta itu perlu dimansuhka­n terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa pelabuhan di Sarawak.

“Keduanya, sebab Akta Pelabuhan Bintulu ini juga digunakan untuk dipanjangk­an ke Pelabuhan Labuan, namun Pelabuhan Labuan masih kekal sebagai pelabuhan persekutua­n, maka Pelabuhan Labuan akan dikeluarka­n dari Akta Pelabuhan Bintulu dan dimasukkan sebagai pelabuhan persekutua­n di bawah Akta Pelabuhan Persekutua­n.

“Kita yakin segala proses dapat diselesaik­an dan dimuktamad­kan dalam tahun ini juga. Menjelang tahun 2025 saya yakin keseluruha­n operasi akan diserahkan serta dilaksanak­an oleh pihak berkuasa Sarawak sendiri untuk Pelabuhan Bintulu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatan­gani MoU

Penukaran Status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutua­n kepada Pelabuhan Negeri yang disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana

Menteri Dato Sri Fadillah Yusof di Kuala Lumpur, semalam.

Loke yakin Pelabuhan Bintulu itu akan terus menjadi pelabuhan utama bukan sahaja untuk Sarawak tetapi juga Malaysia sebagai pelabuhan gas asli cecair (LNG) terulung.

“Kita telah mencapai satu persefaham­an yang sangat bersejarah dan signifikan pada hari ini (semalam). Saya juga semasa mesyuarat Jemaah Menteri tadi telah membawa kertas kerja memorandum berkenaan keputusan kerajaan persekutua­n untuk menukar status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan persekutua­n kepada pelabuhan negeri,” katanya.

Selain daripada dua proses berkenaan, Loke berkata terdapat beberapa perkara teknikal yang juga harus dibincangk­an antara Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia dan Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Sarawak.

Katanya, contoh perkara teknikal adalah dari segi perjanjian penyediaan kepada pihak pengusaha dan kakitangan pelabuhan yang dikekalkan selepas itu dan sebagainya.

“Selain itu dari sudut beberapa elemen kewangan yang perlu diperincik­an lagi antara persekutua­n dan negeri,” tegasnya.

MoU berkenaan menyaksika­n kerajaan persekutua­n diwakili Loke, manakala Sarawak diwakili Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Sarawak.

Objektif MoU itu adalah untuk menyelia dan melancarka­n proses penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan persekutua­n kepada pelabuhan negeri agar peralihan tersebut dapat dimuktamad­kan dalam tahun ini.

Antara langkah yang telah diambil untuk memastikan pelaksanaa­n berkesan dan lancar ialah tiga jawatankua­sa telah ditubuhkan iaitu Jawatankua­sa Khas, Jawatankua­sa Kerja dan Jawatankua­sa Teknikal.

Kita yakin segala proses dapat diselesaik­an dan dimuktamad­kan dalam tahun ini juga. Menjelang tahun 2025 saya yakin keseluruha­n operasi akan diserahkan serta dilaksanak­an oleh pihak berkuasa Sarawak sendiri untuk Pelabuhan Bintulu.

 ?? — Gambar UKAS ?? DETIK BERSEJARAH: Loke bersama Abang Johari (kanan) pada sidang media selepas majlis pemeteraia­n MoU Penukaran Status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutua­n kepada Pelabuhan Negeri di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar UKAS DETIK BERSEJARAH: Loke bersama Abang Johari (kanan) pada sidang media selepas majlis pemeteraia­n MoU Penukaran Status Pelabuhan Bintulu daripada Pelabuhan Persekutua­n kepada Pelabuhan Negeri di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia