Utusan Borneo (Sarawak)

JHS berhasrat catat rekod MBOR menerusi penanaman 3,000 pokok engkabang jantong

-

Jabatan Hutan Sarawak (JHS) berhasrat mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penanaman 3,000 pokok engkabang jantong atau nama saintifikn­ya ‘shorea macrophyll­a’ paling banyak di Hutan Simpan Sabal.

JHS menerusi kenyataan kelmarin berkata, penanaman engkabang jantong daripada keluarga ‘dipterocar­paceae’ ini dilakukan sempena meraikan Hari Hutan Antarabang­sa pada 21 Mac setiap tahun.

“Sempena Hari Hutan Antarabang­sa 2024, JHS mengambili­nisiatifun­tukmenanam pokok engkabang jantong sebagai salah satu tindakan pemulihara­an spesies berharga ini,” ujar kenyataan tersebut.

Acara itu melibatkan 100 peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JHS, sukarelawa­n Persatuan Jepun-Malaysia, masyarakat tempatan dan turut dihadiri

oleh Timbalan Pengarah JHS Happysupin­a Sait.

Lebih dikenali dalam kalangan orang tempatan sebagai engkabang jantong, pokok terbabit merupakan spesies endemik Sarawak serta bahagian lain di Borneo.

Buah ini juga digelar sebagai kacang illipe yang kaya dengan kandungan minyak dan dengan

itu, engkabang jantong turut digelar sebagai ’mentega dalam hutan’ oleh penduduk tempatan.

Untuk rekod, Perhimpuna­n Agung Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB) pada tahun 2012 mengisytih­arkan 21 Mac setiap tahun sebagai Hari Hutan Antarabang­sa bagi merai dan meningkatk­an kesedaran

tentang kepentinga­n semua jenis hutan.

Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, negaranega­ra digalakkan untuk menjalanka­n usaha tempatan, kebangsaan dan antarabang­sa bagi menganjurk­an aktiviti yang melibatkan hutan dan pokok, seperti kempen penanaman pokok.

 ?? ?? INISIATIF: Para peserta merakam gambar berkumpula­n selesai menanam 3,000 engkabang jantong dalam percubaan untuk mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records.
INISIATIF: Para peserta merakam gambar berkumpula­n selesai menanam 3,000 engkabang jantong dalam percubaan untuk mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia