Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak miliki sumber air mencukupi, tidak berdepan isu persaingan: Julaihi

-

Sarawak mempunyai sumber air yang melimpah dan mencukupi tanpa berhadapan dengan isu persaingan untuk mendapatka­n bekalan air.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata, sumber air di negeri ini berada di bawah kawalan sepenuhnya dan tidak dikongsi dengan negeri atau negara jiran.

“Sarawak dikurniaka­n hujan tahunan yang tinggi dan limpahan air tawar dari sungainya. Oleh itu, Sarawak tidak berdepan masalah bersaing untuk mendapatka­n sumber air.

“Namun, penggunaan­nya masih perlu diuruskan dengan baik bagi menghadapi cabaran perubahan iklim,” katanya dalam satu kenyataan media semalam sempena sambutan Hari Air Sedunia 2024 bertemakan ‘Air untuk Keamanan.’

Menjelas lanjut, Julaihi memberitah­u sambutan Hari Air Sedunia pada kali ini lebih menekankan kepentinga­n perpaduan masyarakat dalam melindungi sumber air, di samping memberi tumpuan kepada nilai air sebagai aset berharga yang perlu dijaga untuk kesejahter­aan bersama.

Menurut beliau, ia selaras dengan inisiatif berterusan Sarawak dalam memastikan penggunaan air yang cekap bukan sahaja untuk bekalan air bersih, malah untuk tujuan seperti pengairan, kuasa hidroelekt­rik dan pengangkut­an air yang akan memberi manfaat kepada generasi akan datang.

“Sambutan Hari Air Sedunia yang diadakan pada 22 Mac setiap tahun sejak 1993 merupakan perayaan tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memfokuska­n kepada kepentinga­n air tawar, termasuk menguruska­n krisis air global.

“Ia juga menyokong matlamat Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu untuk Matlamat Pembanguna­n Mampan Ke-6: Air Bersih dan Sanitasi untuk semua menjelang 2030,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia