Utusan Borneo (Sarawak)

Peningkata­n kadar elektrifik­asi domestik pada 2023 bukti SEB syarikat utiliti berprestas­i tinggi

-

Peningkata­n kadar elektrifik­asi domestik pada penghujung tahun lalu membuktika­n Sarawak Energy Berhad (SEB) antara sebuah syarikat utiliti berprestas­i tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif SEB Datuk Sharbini Suhaili berkata, kejayaan itu merupakan hasil daripada usaha dan sokongan yang berterusan daripada kerajaan negeri dan rakyat Sarawak.

“Kadar elektrifik­asi domestik keseluruha­n Sarawak meningkat kepada 99.4 peratus pada penghujung 2023.

“Ini membuktika­n bahawa pencapaian SEB adalah sebagai sebuah syarikat utiliti prestasi tinggi di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Berbuka Pusa Bersama SEB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, SEB akan memastikan bekalan elektrik semasa tempoh hari perayaan di negeri ini dapat berfungsi dengan cekap.

Untuk itu katanya, pihaknya giat melakukan pelbagai usaha bagi memastikan bekalan itu sentiasa berterusan terutamany­a pada hari perayaan.

“Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, kami giat meneruskan usaha memastikan bekalan elektrik berterusan musim perayaan ini.

“Kami (SEB) komited memastikan sistem operasi

berfungsi drngan baik selain bersedia bertindak sekiranya berlaku gangguan,” katanya.

Pada masa sama, Sharbini menasihati orang ramai untuk turut sama-sama melaporkan sekiranya berlaku perkara yang mencurigak­an.

“Masyarakat boleh membuat pelbagai laporan termasuk gangguan bekalan atau kerosakan kabel dengan menghubung­i pusat khidmat pelanggan atau aplikasi ‘SEB Cares’,” jelasnya.

Mengenai perkhidmat­an SEB, Sharbini berkata, sehingga kini lebih 90 peratus liputan elektrik telah disediakan di seluruh negeri ini.

“Sebagai pembekal elektrik utama Sarawak, SEB telah mencapai liputan bekalam elektrik sebanyak 98.4 peratus kepada masyarakat luar bandsr termasuk kawasan terpencil,” tambah Sharbini.

Pada majlis berkenaan, beliau turut menyampaik­an sumbangan ikhlas kepada badan-badandan organisasi yang hadir.

Antaranya, Pusat Islam Tun Salahuddin Universiti Malaysia Sarawak, Masjid Darul Naim Kampung Lintang, Masjid Al-Ghazali Depo, Surau Darul Hijrah Perumahan Darul Hana, Surau Al-Kauthar Taman Puteri Santubong dan Surau Darul Hassan Sungai Periok.

Turut menerima sumbangan ialah Surau Darul Muhasibin Astana, Surau Darul Bahagia Kampung Tambirat Ulu, Pertubuhan Kebajikan Baiturrahm­ah Kuching, Pusat Jagaan Nur Murni dan Rumah Seri Kenangan, Kuching.

Terdahulu, lebih 500 tetamu yang hadir memeriahka­n majlis berbuka puasa berkenaan.

 ?? — Gambar Mohd Faisal Ahmad ?? KONGSI REZEKI: Sharbini menyerahka­n sumbangan kepada beberapa penerima semasa Majlis Berbuka Pusa Bersama SEB di BCCK, kelmarin.
— Gambar Mohd Faisal Ahmad KONGSI REZEKI: Sharbini menyerahka­n sumbangan kepada beberapa penerima semasa Majlis Berbuka Pusa Bersama SEB di BCCK, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia