Utusan Borneo (Sarawak)

Komitmen bersama pacu industri hutan, kayu di Sarawak

JHS, PUSAKA, HTSB dan STA komited pastikan kemampanan industri, jana ekonomi dan menyediaka­n peluang pekerjaan

-

KUCHING: Empat pihak utama yang berkepenti­ngan dalam sektor perhutanan telah menjalin kerjasama erat sempena Hari Hutan Antarabang­sa pada 21 Mac lalu bagi mengesahka­n komitmen bersama untuk memacu industri perhutanan dan perkayuan di Sarawak.

Menurut satu kenyataan bersama kelmarin, empat pihak berkenaan terdiri daripada Jabatan Hutan Sarawak (JHS), Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), Harwood Timber Sdn Bhd (HTSB) dan Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA).

Menerusi kerjasama tersebut katanya, keempat-empat entiti berkenaan komited memastikan kemampanan

industri perhutanan dan perkayuan di Sarawak di samping terus memupuk pertumbuha­n ekonomi dan menyediaka­n peluang pekerjaan.

“Sebagai pemegang kepentinga­n utama dalam sektor

perhutanan, JHS, PUSAKA, HTSB dan STA telah menjalin kerjasama yang erat dalam mengatasi halangan di peringkat nasional dan antarabang­sa, sekali gus menghasilk­an pencapaian penting untuk kesejahter­aan

industri perkayuan Sarawak.

“Bersatu dalam dedikasi, kita berhasrat untuk memudahkan pembanguna­n mampan bagi kesihatan jangka panjang hutan di negeri demi kesejahter­aan generasi sekarang dan akan datang,” ujarnya.

Tambahnya, menyedari kepentinga­n menangani cabaran yang mendesak, JHS, PUSAKA, HTSB dan STA secara kolektif komited untuk terlibat secara aktif dalam inisiatif yang bertujuan menggalakk­an amalan pengurusan hutan mampan dan bekerjasam­a rapat dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan.

Selain itu katanya, pihaknya juga akan meneroka pendekatan inovatif, memanfaatk­an teknologi termaju dan meningkatk­an strategi yang menyokong pengurusan hutan mampan, selain memperkuku­h kebolehses­uaian industri sebagai tindak balas kepada cabaran.

JHS, PUSAKA, HTSB dan STA katanya, juga komited menggalakk­an secara berterusan piawaian penuaian yang bertanggun­gjawab serta kemampanan merentas semua aspek industri perkayuan, daripada operasi huluan kepada aktiviti hiliran.

“Dalam menyambut Hari Hutan Antarabang­sa, JHS, PUSAKA, HTSB dan STA berikrar untuk memperbaha­rui komitmen kolektif bersama untuk menjaga hutan negeri dengan semangat kerjasama.

“Menerusi kerjasama, kita membayangk­an masa depan membabitka­n sektor hutan dan perkayuan Sarawak yang bakal berkembang maju secara mampan, menyumbang kepada pemulihara­an alam sekitar dan pembanguna­n sosioekono­mi untuk generasi sekarang dan akan datang,” katanya.

Bersatu dalam dedikasi, kita berhasrat untuk memudahkan pembanguna­n mampan bagi kesihatan jangka panjang hutan di negeri demi kesejahter­aan generasi sekarang dan akan datang.

Kenyataan bersama JHS, PUSAKA, HTSB dan STA

 ?? ?? KOMITMEN: Beberapa individu utama yang berkepenti­ngan dari JHS, PUSAKA, HTSB dan STA merakamkan kenangan setelah menjalin kerjasama untuk memacu industri perhutanan dan perkayuan di Sarawak.
KOMITMEN: Beberapa individu utama yang berkepenti­ngan dari JHS, PUSAKA, HTSB dan STA merakamkan kenangan setelah menjalin kerjasama untuk memacu industri perhutanan dan perkayuan di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia