Utusan Borneo (Sarawak)

Shell LiveWIRE Malaysia kembali lagi, usahawan dipelawa daftar

Program sejak 2015 bantu usahawan perkembang idea perniagaan

-

KUCHING: Shell LiveWIRE Malaysia kembali lagi tahun ini dan menyeru semua usahawan dari Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif menarik yang boleh menjadi titik perubahan untuk usahawan baharu.

Ditubuhkan pada 2015, Shell LiveWIRE Malaysia melibatkan usahawan yang komited ke arah memulakan dan mengembang­kan idea perniagaan mereka.

Menurut kenyataan Shell semalam, program berkenaan membawa usahawan melalui satu siri bengkel yang akan membantu mereka menjana atau meningkatk­an idea perniagaan, menguji model perniagaan dan mempersiap­kan mereka untuk menjadi pemilik perniagaan yang berjaya.

Katanya, menjelang akhir program, para peserta akan mengambil bahagian dalam bengkel ‘pitching’ dan pertanding­an yang bertujuan untuk melatih mereka dengan kemahiran yang diperlukan bagi mengembang­kan perniagaan masing-masing.

“Shell sedang mencari usahawan yang idea-ideanya akan menjana kehidupan dalam tiga aspek iaitu kelestaria­n alam sekitar, impak sosial dan inovasi perniagaan.

“Program Shell LiveWIRE

Shell sedang mencari usahawan yang idea-ideanya akan menjana kehidupan dalam tiga aspek iaitu kelestaria­n alam sekitar, impak sosial dan inovasi perniagaan.

Kenyataan Shell

Malaysia akan dijalankan di Kuching, Kota Kinabalu dan Lembah Klang,” katanya.

Lima pemenang dari setiap negeri akan menerima geran pemula sebanyak RM10,000.

Lima pemenang dari setiap negeri ini kemudianny­a akan bersaing di peringkat

kebangsaan, di mana lima pemenang di peringkat kebangsaan akan berpeluang memenangi tambahan RM30,000.

Di samping geran tersebut, para pemenang juga akan diberikan tunjuk ajar dan bimbingan untuk memulakan perniagaan mereka, daripada fasilitato­r Shell LiveWIRE Malaysia untuk tiga tahun akan datang dan berpeluang untuk diserap ke dalam rantaian bekalan Shell dan peluang untuk bekerjasam­a dengan para peruncit Shell.

Di Sarawak, program Shell LiveWIRE bekerjasam­a dengan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), yang bukan sahaja menyediaka­n akses setahun di Perkampung­an Digital TEGAS di Kuching dan Hab Inovasi Digital TEGAS di Bintulu dan Miri, malah setiap pemenang juga diberikan wang tambahan RM5,000 lagi sebagai tambahan kepada geran Shell LiveWIRE Sarawak.

Daftarlah sekarang di laman sesawang https:// livewire.shell.com.my/.

 ?? ?? PELUANG KEEMASAN: Para usahawan dipelawa menyertai programShe­llLiveWIRE­Malaysia,inisiatifu­ntukmengem­bangkan perniagaan dalam kalangan usahawan baharu.
PELUANG KEEMASAN: Para usahawan dipelawa menyertai programShe­llLiveWIRE­Malaysia,inisiatifu­ntukmengem­bangkan perniagaan dalam kalangan usahawan baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia