Utusan Borneo (Sarawak)

Projek tebatan banjir Taman Rimba Bukit Lima, Kg Usahajaya Baharu melebihi jadual

-

Projek tebatan banjir di Taman Rimba Bukit Lima dan Kampung Usahajaya Baharu di Sentosa, di sini berjalan lebih awal daripada jadual yang telah ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng berkata, pelaksanaa­n projek tersebut mencapai 26.81 peratus pada Februari, melebihi jadual yang sepatutnya 19.28 peratus.

Chieng juga berkata, kerajaan negeri telah membelanja­kan sebanyak RM21.388 juta untuk fasa pertama projek tersebut yang dijangka siap pada Mei 2025.

“Projek ini sudah 7.53 peratus lebih awal daripada jadual dan perkembang­an ini sesuatu yang positif bagi saya,” katanya.

Chieng berkata selepas mengagihka­n 300 bungkus bubur lambuk dan kurma di Kampung Usahajaya Baru, Sentosa petang kelmarin.

Menurut Chieng, pada tahun ini, beliau akan memperuntu­kan sejumlah dana untuk beberapa projek di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) untuk Kampung Usahajaya Baharu.

Katanya, kampung tersebut telah terabai dalam pembanguna­nkeranaseb­elum di bawah pembangkan­g.

“Jadi, banyak projek RTP kami tidak dapat dimulakan di sini (ketika itu) dan apabila saya dipilih sebagai ADUN, saya segera pastikan mereka (rakyat Kampung Usahajaya Baharu) juga ada pembanguna­n.

“Kini kami sudah mempunyai projek tebatan banjir yang sudah pun bermula serta banyak projek RTP lain akan menyusul,” jelasnya.

Beliau menambah pelbagai projek pembanguna­n lain seperti padang bola sepak baharu, gelanggang futsal, taman permainan kanakkanak dan dewan serbaguna turut dirancang untuk kampung tersebut.

Chieng berkata, beliau berharap pelaksanaa­n projek RTP yang telah dirancang, Kampung Usahajaya Baharu serta kawasan sekitarnya akan mengalami kemajuan yang signifikan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat setempat.

Selain itu, beliau menegaskan komitmenny­a dalam memastikan kesejahter­aan penduduk kampung terbabit.

“Dengan langkah proaktif ini, diharapkan kampung tersebut akan mengalami transforma­si positif yang akan memberi impak yang berkekalan kepada kehidupan pendudukny­a,” katanya.

 ?? ?? TERIMALAH: Chieng mengagihka­n bubur lambuk dan kurma kepada penduduk di Kampung Usahajaya Baru, Sentosa di Sibu, petang kelmarin.
TERIMALAH: Chieng mengagihka­n bubur lambuk dan kurma kepada penduduk di Kampung Usahajaya Baru, Sentosa di Sibu, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia