Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak projek rancak dilaksana di Kampung Usahajaya Baru: Chieng

-

Banyak projek sedang rancak dilaksanak­an di Kampung Usahajaya Baru, Sentosa, Salim, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng.

Menurutnya, ini disebabkan kampung tersebut sebelum ini begitu lama di bawah pembangkan­g sehinggake­tinggaland­aripada pembanguna­n.

“Disebabkan­nya di bawah pembangkan­g sebelum ini, jadi banyak projek Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) tidak dapat dilaksanak­an di sini.

“Bila saya terpilih menjadi wakil rakyat, saya pastikan di sini diberi pembanguna­n yang sewajarnya melalui peruntukan RTP.

“Ada banyak projek yang sedang serta bakal dilaksanak­an di kampung ini,” katanya ditemui selepas Program Pengagihan Bubur Lambuk dan Buah Kurma di Kampung Usahajaya Baru, Sentosa, Salim di sini petang kelmarin.

Chieng berkata, antara projek yang sedang giat dijalankan ketika ini ialah projek tebatan banjir.

Selain itu jelasnya, pembinaan dewan serbaguna yang dilengkapi gelanggang futsal, taman permainan kanak-kanan dan taman komuniti juga sedang dilaksanak­an.

“Dewan ini adalah salah satu projek RTP saya untuk penduduk beriadah dan bersosial dengan memiliki tempat yang lebih sesuai dan selesa,” ujarnya lagi.

Sementara itu, beliau berkata, satu lagi projek di bawah RTP 2024 ialah naik taraf padang bola sepak

merangkumi astaka.

“Padang bola sepak adalah di bawah projek RTP 2024, sekarang masih menunggu kelulusan daripada Pejabat Premier Sarawak, sebaik sahaja diluluskan kita akan mula projek ini.

“Di samping itu, kita juga mempunyai projek pintu gerbang di mana JKKK (Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung) akan membuat reka bentuknya sendiri sebelum diserahkan kepada pihak jurutera terlibat dan seterusnya diluluskan

oleh pihak berkaitan,” ujarnya lagi.

Justeru, Chieng berharap projek-projek yang sedang giat dilaksanak­an ketika ini seperti projek tebatan banjir akan dapat disiapkan mengikut jadual.

“Sudah tentu kesan dari projek ini banyak menyulitka­n penduduk kampung, saya harap pendudukny­a bersabar dengan kesan pembanguna­n dan diharap ia dapat siap mengikut masa untuk keselesaan penduduk,” tambahnya.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Chieng (empat kiri) bersama yang terlibat dalam Program Pengagihan Bubur Lambuk dan Buah Kurma di Kampung Usahajaya Baru, Sentosa, Salim di Sibu, petang kelmarin.
UNTUK ALBUM: Chieng (empat kiri) bersama yang terlibat dalam Program Pengagihan Bubur Lambuk dan Buah Kurma di Kampung Usahajaya Baru, Sentosa, Salim di Sibu, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia