Utusan Borneo (Sarawak)

Lima pihak berkuasa di Sibu ganding bahu perangi wabak rabies: Izkandar

-

Lima pihak berkuasa di Sibu berganding bahu dalam memerangi rabies, menyasarka­n kawasan yang mempunyai kes gigitan anjing tinggi, kata Mohammed Abdullah Izkandar Roseley.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) itu memaklumka­n, kerjasama strategik berkenaan terdiri daripada MPS, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS), Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan Pejabat Residen dan Daerah Sibu serta polis.

Beliau menegaskan kerjasama antara agensi menawarkan beberapa faedah dan kecekapan dalam mewujudkan kesedaran dan mengawal rabies di kawasan kritikal dalam pentadbira­n majlis tertentu.

“Pertama, ia membolehka­n perkongsia­n sumber. Dengan mengumpulk­an sumber daripada pelbagai agensi, seperti penjagaan kesihatan, veterinar dan jabatan kerajaan tempatan, kempen ini boleh mengakses rangkaian kepakaran, pembiayaan dan infrastruk­tur yang lebih luas, membolehka­n inisiatif yang lebih komprehens­if.

“Kedua, pendekatan holistik ini, melibatkan agensi berbeza membawa perspektif dan set kemahiran yang pelbagai ke atas meja, membolehka­n pendekatan yang lebih holistik terhadap kawalan rabies.

“Ini boleh melibatkan pendidikan, kempen vaksinasi, pengurusan haiwan terbiar, dan campur tangan kesihatan awam,” katanya kepada The Borneo Post, kelmarin.

Izkandar ditanya pada mesyuarat antara agensi barubaru ini untuk memerangi rabies di sini.

Selain itu, beliau berkata agensiyang­bekerjasam­aboleh memanfaatk­an rangkaian dan saluran komunikasi sedia ada untuk menjangkau khalayak yang lebih besar dengan kempen kesedaran dan dorongan vaksinasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia