Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas terus kukuhkan CSR Program Memacu Kehidupan

-

MIRI: Petronas terus memperkuku­hkan usaha tanggungja­wabsosialk­orporat (CSR) Program Memacu Kehidupan bagi memastikan impak positif yang berkekalan kepada masyarakat dan masa depan yang mampan untuk komuniti di sekitar kawasan operasi syarikat.

Perkara itu dijelaskan Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali Sdn Bhd - Sarawak Asset Anuar Ismail pada majlis berbuka puasa bersama Petronas di Miri Marriott Resort and Spa, kelmarin.

Beliau memberitah­u pada tahun lalu, Petronas telah melaksanak­an beberapa siri Program Memacu Kehidupan dan telah memperkasa komuniti dengan kesedaran pendidikan keselamata­n di Subis dan Bario.

Syarikat juga telah meningkatk­an kemahiran komuniti luar bandar Long Latei untuk merangsang aktiviti sosioekono­mi mereka dan seterusnya menjana pendapatan yang mampan.

“Petronas sedar bahawa kejayaan kami saling berkait dengan kesejahter­aan masyarakat,” jelasnya.

Beliau menambah, seramai 100 warga emas dari Pusat Aktiviti Warga Emas Tatau dan Miri Home for the Aged telah mendapat manfaat daripada program tersebut sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Sempena Hari Raya yang menjelang tiba, Petronas turut meraikan seramai 110 keluarga dan individu di Miri dan Bintulu dengan pembelian persiapan Aidilfitri seperti kelengkapa­n pakaian raya.

“Kolaborati­f dan kerjasama antara agensi kerajaan sepanjang pengurusan aktiviti CSR telah membuktika­n bahawa matlamat kita adalah sama iaitu memperkasa­kan kehidupan pelbagai lapisan masyarakat menerusi program-program bantuan yang diolah khusus untuk keperluan masyarakat di Miri dan kawasan persekitar­an yang lain,” jelasnya.

Beliau menambah, Petronas adalah sebuah organisasi yang mementingk­an pembanguna­n insan dan penganjura­n majlis adalah salah satu cara kecil mereka untuk terus merealisas­ikan amanah itu.

Majlis turut menyaksika­n penyerahan sumbangan kepada 65 penerima dari kalangan kurang berkemampu­an.

Hadir sama Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n merangkap ADUN N.73 Piasau Datuk Sebastian Ting, Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Sarawak merangkap ADUN N.71 Bekenu Datuk Rosey Yunus, Datuk Bandar merangkap ADUN N.74 Pujut Adam Yii, Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dan Pengurus Besar Petronas Sarawak Zulaihi Mohd Mantali.

 ?? ?? KENANGAN BERSAMA: Tetamu kehormat merakamkan kenangan bersama penerima sumbangan pada majlis berbuka puasa bersama Petronas di Marriot, petang kelmarin.
KENANGAN BERSAMA: Tetamu kehormat merakamkan kenangan bersama penerima sumbangan pada majlis berbuka puasa bersama Petronas di Marriot, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia