Utusan Borneo (Sarawak)

KoopSahaba­t anjur Program Agihan Wakalah Sahabat Ar Rahnu Prihatin

-

Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KoopSahaba­t) menganjurk­an Program Agihan Wakalah Sahabat Ar Rahnu Prihatin di Sahabat Ar Rahnu (SAR), Kota Samarahan, baru-baru ini.

Penolong Pengurus Wilayah Amanah Ikhtiar Malaysia Sarawak Abdul Hafiz Soni berkata, SAR Prihatin ini merupakan program agihan wakalah kepada Asnaf yang telah dikenal pasti dalam kalangan Sahabat AIM yang juga merupakan Anggota KoopSahaba­t.

“Tujuan utama program seumpama ini yang dilaksanak­an oleh KoopSahaba­t saban tahun adalah bertujuan untuk menterjema­hkan konsep perkongsia­n rezeki bersama dan sekali gus menepati Moto KoopSahaba­t iaitu Dari Sahabat Kepada Sahabat Untuk Sahabat.

“Pada kali ini, seramai 10 orang Sahabat Usahawan daripada Cawangan Serian telah terpilih dan hadir ke Cawangan Sahabat Ar Rahnu Kota Samarahan untuk menerima agihan wakalah tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, perasmian Majlis Agihan Wakalah Zakat Sahabat Ar Rahnu Prihatin telah disempurna­kan Pengarah Bahagian Operasi Sarawak (AIM) Roslan Pakon.

Katanya, setiap penerima wakalah menerima wang tunai sebanyak RM250 seorang bagi tujuan meringanka­n beban terutamany­a sebagai persediaan menjelang Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti.

Hadir sama ialah Pengurus Wilayah Borneo Muhd Adam Muhaimin Dinggai, Pengurus Cawangan AIM Serian Bakri Wasli dan Penolong Pengurus Cawangan Sahabat Ar Rahnu Kota Samarahan Abu Nazrie Abu Seman.

Untuk rekod, Cawangan Sahabat Ar Rahnu Kuching merupakan cawangan ke-26 dan SAR Kota Samarahan ke27 daripada keseluruha­n 30 cawangan Sahabat Ar Rahnu seluruh Malaysia.

Pembukaan cawangan baharu Sahabat Ar Rahnu yang ketiga di Sarawak iaitu Cawangan Miri dijangkaka­n beroperasi pada tahun ini.

 ?? ?? KONGSI REZEKI: Roslan menyampaik­an sumbangan kepada penerima Hajijah Tera dari Ladong sambil disaksi Abdul Hafiz (dua kanan) dan tetamu kehormat lain.
KONGSI REZEKI: Roslan menyampaik­an sumbangan kepada penerima Hajijah Tera dari Ladong sambil disaksi Abdul Hafiz (dua kanan) dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia