Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Jambatan Bintulu-Jepak capai 74.18% setakat Feb 2024

Disasar siap Okt 2024, ia bakal bawa manfaat besar kepada Bintulu

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak mengumumka­n dalam video pendek menerusi Facebook rasminya mengenai perkembang­an terbaharu pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak di Kuala Kemena yang mencapai 74.18 peratus setakat Februari 2024, sekali gus menyasarka­n penyiapann­ya pada Oktober tahun sama.

Beberapa manfaat besar dari segi sosioekono­mi akan dinikmati penduduk luar dan dalam Bintulu apabila siapnya jambatan itu dalam video yang dipaparkan oleh jabatan tersebut.

Ia bakal memendekka­n perjalanan laluan pesisir dari Lapangan Terbang Bintulu ke bandar Bintulu daripada 22 kilometer (km) pada masa ini melalui jalan sedia ada di laluan Jalan Bintulu-Sibu kepada hanya 6.4km.

Pusat Pentadbira­n Bahagian Bintulu turut rancak dibina berdekatan jambatan itu yang akan membantu mempercepa­tkan pembanguna­n kawasan Jepak dan bakal memberi perkhidmat­an lebih cekap untuk250,000pendudu­kBintulu, pemangkin pelaburan di Tanjung Kidurong serta Taman Perindustr­ian Samalaju.

Jambatan Bintulu-Jepak turut memendekka­n perjalanan laluan pesisir Jepak ke Kuala Tatau, Serupai, Balingian hingga ke Bahagian Mukah, bahkan menyediaka­n daya tarikan unik kemudahann­ya untuk menyaksika­n panorama dari atas menara jambatan.

Ini kerana jambatan kabel kekal terbabit yang terletak di Kuala Kemena turut dibina lif menegak pada bahagian menara jambatan menghala ke bandar Bintulu serta akan dipasang dengan lampu hiasan secara seragam.

Jalan berkembar dua lorong

Kita berpuas hati dengan penyiapann­ya kini seiring dengan jadual pelaksanaa­n meskipun terdapat beberapa masalah teknikal yang dihadapi sebelum ini.

Datuk Ir Aidel Lariwoo Timbalan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Sarawak

sepanjang 4.2 kilometer turut dibina bagi menghubung­kan Lapangan Terbang Bintulu dan Pusat Pentadbira­n Bersepadu (IAC) Bintulu dengan IAC dijadual siap pada Oktober 2024 bagimenemp­atkan semua jabatan kerajaan di Bintulu.

Perkara tersebut dimaklumka­n oleh Timbalan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Sarawak Datuk Ir Aidel Lariwoo semasa lawatan kerja beliau ke tapak Projek Pembinaan dan Penyiapan Jalan Pesisir Pantai Pakej 5, IAC dan Jambatan Bintulu-Jepak pada 19 Disember 2023.

“Kita berpuas hati dengan penyiapann­ya kini seiring dengan jadual pelaksanaa­n

meskipun terdapat beberapa masalah teknikal yang dihadapi sebelum ini,” katanya semasa lawatan tersebut.

Jelasnya, perancanga­n kerajaan untuk membina jalan berkembar dua lorong bagi menghubung­kan Lapangan Terbang Bintulu dan IAC Bintulu sepanjang 4.2 kilometer pula akan memendekka­n perjalanan sebanyak dua pertiga antara dua lokasi itu.

Kemudahan jambatan dan pusat pentadbira­n termasuk pembinaan jalan raya pesisir itu yang dibiayai kerajaan Sarawak wajar disyukuri nikmatnya dan dihargai dalam memenuhi keperluan rakyat, bukan sahaja untukkawas­anBintulu,bahkan pastinya akan turut sama dinikmati rakyat di luar kawasan bandar itu, katanya.

Justeru katanya, Jambatan Bintulu-Jepakbakal­membawa impak ekonomi kepada projek pembanguna­n lain, meningkat aktiviti sosioekono­mi, pelanconga­n dan sebagainya di kawasan tersebut.

Pembinaan jambatan tersebut yang menelan kos RM466,679,497 merupakan hadiah kerajaan Sarawak kepada penduduk Bintulu yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (ketika itu) kini Premier Sarawak semasa sambutan Hari Sarawak di Bintulu pada 22 Julai 2019.

Dengan adanya jambatan itu akan membawa lebih banyak pembanguna­n dan limpahan ekonomi ke kawasan Jepak, khususnya bandar Bintulu.

 ?? ?? SEDIKIT LAGI: Jambatan Bintulu-Jepak yang masih dalam proses pembinaan hampir bersambung dalam gambar tangkap layar video pendek Facebook JKR Sarawak.
SEDIKIT LAGI: Jambatan Bintulu-Jepak yang masih dalam proses pembinaan hampir bersambung dalam gambar tangkap layar video pendek Facebook JKR Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia