Utusan Borneo (Sarawak)

Panglima 9 Briged adakan perjumpaan, berbuka puasa dengan warga 20 RAMD

-

Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) Brigedier Jeneral Ahmad Norzaini Badrun mengadakan perjumpaan dan Majlis Berbuka Puasa bersama pegawai dan anggota Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) di Kem Sri Miri di sini pada Selasa.

Menerusi hantaran di Facebook 20 RAMD Berjuang Berjasa, perjumpaan bersama 17 pegawai dan 220 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 20 RAMD dilaksanak­an di Dewan Makan kem berkenaan.

“Perjumpaan ini bertujuan untuk menyampaik­an amanat dan nasihat kepada warga 20

RAMDteruta­manyatrupy­ang akan melaksanak­an operasi di perbatasan bagi menerapkan sikap serta tanggungja­wab dalam melaksanak­an sesuatu penugasan yang diamanahka­n oleh pihak atasan.

“Selain itu, Panglima 9 Bgd (Ahmad Norzaini) mengingatk­an kepada pegawai dan anggota 20 RAMD agar tidak berlakunya penyalahgu­naan kuasa semasa dalam melaksanak­an tugas operasi di persempada­nan dan seharusnya mengikut perundanga­n dan Rules of Engagement (ROE) yang telah ditetapkan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pada masa sama, Ahmad Norzaini turut menekankan kepentinga­n sikap mengambil tahu dan budaya tegur menegur sesama warga 20 RAMD bagi memastikan terhindar daripada masalah disiplin mahupun kes jenayah.

Sejurus itu, Ahmad Norzaini berkesempa­tan berbuka puasa bersama warga 20 RAMD di Masjid Darul Ridzuan Kem Sri Miri.

Majlis berbuka puasa ini bertujuan untuk memupuk semangat toleransi dalam kalangan pegawai dan anggota kem tersebut.

Kemudianny­a, warga 20 RAMD melaksanak­an solat maghrib dan isyak serta solat tarawih berjemaah sejurus selesai majlis berbuka puasa.

 ?? — Gambar ihsan 20 RAMD Berjuang Berjasa ?? AMANAT: Ahmad Norzaini (tengah) menyampaik­an amanat dan nasihat kepada pegawai serta anggota 20 RAMD pada perjumpaan tersebut.
— Gambar ihsan 20 RAMD Berjuang Berjasa AMANAT: Ahmad Norzaini (tengah) menyampaik­an amanat dan nasihat kepada pegawai serta anggota 20 RAMD pada perjumpaan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia