Utusan Borneo (Sarawak)

Kesejahter­aan anak perlu dijaga: Rosey

Elak tinggal anak lama dalam kereta dengan enjin hidup, pintu dan tingkap tertutup

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Ibu bapa diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap kesejahter­aan anak-anak dan tidak membiarkan mereka ditinggalk­an lama di dalam kereta dalam keadaan enjin dihidupkan dan pintu kereta serta tingkap tertutup sepenuhnya.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Rosey Yunus berkata, ibu bapa dinasihatk­an agar perlu membawa sekali anak-anak mereka keluar daripada kereta dan tidak meninggalk­an mereka terlalu lama di dalam kereta dengan enjin hidup.

“Kita telah mendengar banyak kes kanak-kanak ditinggalk­an di dalam kereta dalam keadaan tersebut dan beberapa kejadian yang dilaporkan tidak berakhir dengan baik.

“Kes yang pernah berlaku sebelum ini wajar dijadikan pengajaran kepada semua ibu bapa untuk lebih berhatihat­i,” katanya kepada pemberita pada Majlis Juh Berambeh Sungkei Bersama Petronas 2024 di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian yang tular di Facebook kelmarin membabitka­n dua kanakkanak lelaki yang tertidur di dalam kereta yang terkunci dengan keadaan enjin hidup di Miri.

Menerusi video tersebut, orang awam yang prihatin melihat kejadian itu cuba mengejutka­n kanak-kanak lelaki terbabit dengan mengetuk tingkap dan menggoncan­gkan kereta.

Selepas beberapa ketika, salah seorang kanak-kanak lelaki itu telah terbangun dari tidur lalu membuka pintu kereta terbabit.

Menurut sumber, sebelum itu bapa kanak-kanak berkenaan telah pergi ke pejabat pos berhampira­n dan tidak menyedari kekecohan

Kita telah mendengar banyak kes kanak-kanak ditinggalk­an di dalam kereta dalam keadaan tersebut dan beberapa kejadian yang dilaporkan tidak berakhir dengan baik.

Datuk Rosey Yunus Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

yang berlaku.

Rosey menjelaska­n Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah dan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri telah berkali-kali mengingatk­anibubapas­upaya lebih berwaspada terhadap perkara yang melibatkan keselamata­n anak-anak.

“Walaupun kita Berasakan meninggalk­an mereka dalam keadaan kereta yang berhawa dingin adalah selesa, tetapi ia sebenarnya berbahaya kerana persekitar­an kedap udara tanpa udara masuk atau keluar sangat berbahaya jika dibiarkan terlalu lama.

“Mereka (ibu bapa dalam insiden yang berlaku di Miri) bernasib baik kerana tidak sampai sejauh itu kesihatan anak-anak mereka terjejas, tetapi apa yang berlaku itu sangat berbahaya dan kita bersyukur ia tidak berakhir dengan tragedi,” ujarnya.

Tambahnya, keadaan sedemikian bukan sahaja berbahaya kepada kanakkanak, tetapi juga untuk orang dewasa.

“Tetapi bagi orang dewasa, selagi kanak-kanak tidak tertidur, mereka sekurangku­rangnya boleh keluar dari kereta atau membuka tingkap. Tetapi jika mereka tertidur terlalu lama, ia juga boleh membawa maut dan sudah ada kes sebegini dilaporkan.

“Oleh itu, semua orang, ibu bapa dan orang dewasa harus lebih berhati-hati dengan situasi ini dan berharap kejadian sebegini tidak berulang lagi dan dijadikan pengajaran serta kesedaran kepada semua,” harapan beliau.

 ?? ?? ROSEY
ROSEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia