Utusan Borneo (Sarawak)

Abdul Yakub sempurnaka­n pengagihan bubur lambuk kepada warga Balingian

-

Pejabat Daerah Kecil Balingian bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Balingian mengadakan program pengagihan bubur lambuk di Pekan Balingian di sini, Selasa lepas.

Pengagihan bubur lambuk tersebut telah disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi kepada penduduk setempat termasuk masyarakat peniaga Cina di kedaikedai di Pekan Balingian.

Hadir sama, Residen Bahagian Mukah Kueh Lei Poh, Pemangku Pegawai Daerah Mukah Peleadzman Ahip, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Balingian Dominic Arjun, kakitangan Pejabat Daerah Kecil Balingian serta PERKIM Balingian.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Dominic berkata program agihan bubur lambuk tersebut bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahi­m antara Pejabat Daerah kecil Balingian serta PERKIM Balingian dengan masyarakat setempat sempena Ramadan.

“Abdul Yakub mengagihka­n bubur lambuk kepada orang ramai yang berkunjung ke bazar Ramadan dan peniaga di gerai jualan bazar Ramadan, seterusnya untuk masyarakat peniaga Cina dari pintu ke pintu kedai Pekan Balingian,” katanya.

Selepas berakhir program itu, Abdul Yakup menghadiri Majlis Doa Selamat dan Berbuka Puasa di premis

baharu Pejabat Daerah Kecil Balingian.

Abdul Yakup berkata, majlis berbuka puasa itu menjadi wadah untuk mengeratka­n silaturahi­m antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Beliau berterima kasih kepada Dominic sebagai tuan rumah yang telah menjemputn­ya hadir pada majlis tersebut serta menyempurn­akan program agihan bubur lambuk untuk penduduk di daerah kecil itu.

 ?? Facebook N.58 Balingian — Gambar ?? AGIHAN: Abdul Yakup (dua kanan) mengagihka­n bubur lambuk kepada seorang penduduk sambil disaksi Kueh (kanan).
Facebook N.58 Balingian — Gambar AGIHAN: Abdul Yakup (dua kanan) mengagihka­n bubur lambuk kepada seorang penduduk sambil disaksi Kueh (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia