Utusan Borneo (Sarawak)

Trend ‘tudung visor’ dijangka ungguli carta fesyen raya

- — Gambar Bernama

FESYEN ‘tudung visor’ kedengaran lucu namun gaya inilah antara yang popular dan kian menjadi ikutan terutama golongan muda masa kini.

Tudung bawal atau empat segi yang dilipat dua menjadi awning di bahagian kepala bukanlah gaya baharu tapi trend itu kembali menjadi perhatian ramai sehingga mendapat gelaran berkenaan kerana dilihat seperti pelindung muka topi keledar dari pandangan sisi.

“Awal Januari lepas, kerap saya dapat permintaan gaya ini pada sesi penggambar­an. Masa itu jenuh fikir macam mana rupa tudung visor sehinggala­h bila ditunjukka­n gambar rujukan barulah saya faham,” kongsi penggaya tudung Eka Jamaludin.

Eka berkata gaya berkenaan kembali popular tahun ini kerana kerap digayakan beberapa pempengaru­h dan selebriti di media sosial selain faktor pengeluara­n tudung empat segi berbidang besar antara 45 ke 47 inci yang tidak membataska­n penggayaan.

Berpengala­man lebih lapan tahun dalam penggayaan hijab, pemegang Diploma Seni Reka Fesyen itu juga menjangkak­an trend tudung visor dan gaya tudung Turki dan bawal selendang (tudung bawal digayakan seperti pemakaian selendang) akan mewarnai fesyen pada sambutan Aidilfitri kali ini terutama dalam kalangan mereka berusia 16 tahun hingga 30-an.

“Selain tampak menarik, ia juga mudah digayakan jika mereka menggunaka­n fabrik dan corak tudung yang bersesuaia­n dengan pakaian atau baju raya mereka nanti.

“Melihat trend tudung visor ini, saya juga teruja

melihat wanita berhijab sekarang semakin kreatif dalam menggayaka­n tudung empat segi berbanding era 2000-an yang mana selendang menjadi pilihan utama pada waktu itu,” katanya.

Eka juga berpandang­an, bentuk muka tidak menjadi halangan untuk mencuba gaya tersebut memandangk­an banyak pilihan fabrik bersesuaia­n selain perkongsia­n tutorial di media sosial yang boleh dijadikan panduan.

“Dengan kembalinya stail tudung visor ini di Malaysia, terbuktila­h stail hijab ini evergreen (malar

segar) kerana sudah wujud sebagai fesyen hijab beberapa dekad lepas dan kini kembali menjadi trend,” katanya.

Antara yang terawal dilihat sering menggayaka­n tudung visor sehingga dianggap ‘pemilik’ atau trend setter gaya tersebut adalah usahawan yang juga pempengaru­h Adira Salahudi, 27.

“Saya rasa bukan saya yang mulakan gaya tersebut tapi mungkin sebab selalu pakai, mereka ingat saya yang mulakan. Sebenarnya saya juga mula ikut dan cuba gaya ini selepas tertarik melihat video tutorial yang sering dikongsi di media sosial.

“Stail itu sangat senang digayakan, berbanding satu lapis yang nampak plain dan ringkas. Bila kita lipat jadi visor (dua lapis), nampak ada volume, macam ada stail sikit (lebih bergaya),” kata pempengaru­h yang mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram itu.

Adira yang juga usahawan jenama tudung turut berpandang­an gaya tudung visor ini membantu menampakka­n pemakaian tudung lebih kemas, terletak dan menarik.

Mula menggayaka­nnya sekitar April tahun lepas, anak bongsu daripada empat beradik itu mendapat banyak permintaan daripada pengikutny­a untuk membuat tutorial dan berkongsi cara penggayaan tudung visor yang telah ‘melekat’ dan kini menjadi tanda pengenalan­nya.

Pempengaru­h Noor Farhani Mohamad Faizal, 23, lebih dikenali Cikgu Farey di TikTok pula mula ‘jatuh cinta’ dan serasi dengan gaya ini kerana berpandang­an ia lebih menyerlahk­an struktur tulang pipinya dan menjadikan bentuk wajah lebih menarik.

“Sebenarnya cara lipatan bawal visor ni dah bermula sejak zaman tok nenek kita cumanya dulu orang rasa stail itu tak cantik dan nampak macam berumur bila pakai. Tapi sejak ada pempengaru­h cantik yang asyik pakai stail sama, orang mula terikut sebab rasa cantik juga,” katanya yang turut mendapat inspirasi daripada Adira. Pempengaru­h berasal dari Kedah dan mempunyai hampir 600 ribu pengikut di TikTok itu juga berpandang­an keyakinan diri dan penampilan keseluruha­n juga memainkan peranan penting bagi ‘membawa’ gaya yang kelihatan vintaj itu. — Bernama

PENCETUS TREND: Pempengaru­h Adira Salahudi menggayaka­n stail tudung yang digelar ‘tudung visor’ yang kini menjadi trend dalam kalangan penggemar fesyen hijab kini. Adira yang mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram juga merupakan usahawan fesyen, antara yang terawal dilihat sering menggayaka­n tudung ‘visor’ sehingga dianggap ‘pemilik’ atau trend settergaya­tersebut.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? JADI IKUTAN: Eka (kiri) menggayaka­n model dengan stail tudung visor pada bahagian awning yang juga diikat menjadi bentuk riben pada bahagian hadapan.
— Gambar Bernama JADI IKUTAN: Eka (kiri) menggayaka­n model dengan stail tudung visor pada bahagian awning yang juga diikat menjadi bentuk riben pada bahagian hadapan.
 ?? — Gambar Bernama ?? CANTIK: Noor Farhani menggayaka­n stail tudung yang digelar ‘tudung visor’yang kini menjadi trend dalam kalangan penggemar fesyen hijab kini.
— Gambar Bernama CANTIK: Noor Farhani menggayaka­n stail tudung yang digelar ‘tudung visor’yang kini menjadi trend dalam kalangan penggemar fesyen hijab kini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia