Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan fokus memberi rawatan terhadap individu cuba bunuh diri

-

Kerajaan memberikan fokus untuk memastikan individu menghadapi masalah mental termasuk cubaan bunuh diri diberi rawatan berbanding menghukum, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata penghapusa­n Seksyen 309 Kanun Keseksaan berkaitan hukuman terhadap cubaan bunuh diri tahun lepas, memberi peluang baharu, di samping menggalakk­an mereka yang cuba membunuh diri untuk dapatkan rawatan perubatan.

Katanya mereka tidak perlu lagi takut akan dikenakan tindakan jenayah ataupun dituduh, ditangkap, disiasat dan sebagainya sekiranya mereka membuat laporan.

“Ini menunjukka­n bahawa kerajaan MADANI bergerak daripada mengambil cara punitif kepada cara rehabilita­si.

“Dekriminal­isasi ke atas kesalahan cubaan membunuh diri adalah langkah kritikal yang telah diambil oleh kerajaan MADANI dalam usaha untuk mencegah bunuh diri,” katanya.

Teks amanat beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M.Kula Segaran pada program Webinar Sinar Ramadan bertajuk ‘Dekriminal­isasi Cubaan Bunuh Diri’ hari ini.

Pada 22 Mei 2023, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang yang menghapusk­an seksyen 309 Kanun Keseksaan, fasal yang menghukum cubaan membunuh diri dengan penjara sehingga setahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Azlina berkata tanpa ketakutan berhadapan tindakan undang-undang, individuin­dividu berkenaan mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapatka­n rawatan.

“Ini sekali gus akan mengurangk­an kes-kes cubaan membunuh diri pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata Kerajaan Perpaduan melalui Jabatan Bantuan Guaman (JBG) akan sentiasa melipat gandakan usaha pragmatik bukan setakat menyampaik­an perkhidmat­an yang biasanya diberikan, bahkan lebih lagi termasuk memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia berkenaan kesihatan mental. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia