Utusan Borneo (Sarawak)

Aidilfitri: Subsidi penerbanga­n empat hari sebelum perayaan

Penjualan tiket penerbanga­n sudah bermula 5 petang semalam

- Anthony Loke Menteri Pengangkut­an

Penambahba­ikan ini dijangka akan memberi implikasi kewangan tambahan sehingga RM1.8 juta untuk kerajaan.

PUTRAJAYA: Tempoh bantuan subsidi penerbanga­n sempena Hari Raya Aidilfitri ini dilanjutka­n empat hari sebelum perayaan iaitu pada 6, 7, 8 dan 9 April, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke.

Beliau berkata individu yang membeli tiket penerbanga­n dari Semenanjun­g Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan pada empat hari itu tidak akan membayar melebihi RM599 untuk harga tiket asas kerana sebarang kos melebihi harga maksimum itu akan ditanggung kerajaan.

“Kita fahami keadaan orang ramai yang akan memanfaatk­an hujung minggu untuk pulang ke kampung masing-masing jadi kita tambah satu hari iaitu pada 6 April (Sabtu) bagi inisiatif harga maksimum ini.

“Penambahba­ikan ini dijangka akan memberi implikasi kewangan tambahan sehingga RM1.8 juta untuk kerajaan,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Pada 15 Dis lepas, Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) telah melancarka­n inisiatif bantuan subsidi sempena musim perayaan untuk penerbanga­n antara Semenanjun­g Malaysia dan Sabah,

Sarawak dan Labuan.

Di bawah inisiatif itu, kerajaan MADANI akan menanggung kos tiket penerbanga­n sehala yang melebihi RM599 untuk tiga hari sebelum perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas.

Penjualan tiket penerbanga­n tersebut bermula 5 petang semalam.

Loke berkata MOT menerusi Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) memudah cara sebanyak 342 penerbanga­n domestik tambahan di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April.

“Strategi ini telah menunjukka­n kesan yang positif iaitu lebih banyak tiket penerbanga­n terutamany­a bagi laluan dari Kuala Lumpur ke destinasi utama di Sabah dan Sarawak dijual pada harga lebih murah,” katanya.

Selain penerbanga­n, Loke berkata Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut menyediaka­n enam perkhidmat­an tren elektrik (ETS) tambahan bermula 4 hingga 15 April bagi beberapa laluan.

Perkhidmat­an itu melibatkan dua laluan iaitu KL Sentral-Butterwort­h-KL Sentral dan KL Sentral-Ipoh-KL Sentral.

Tren tambahan ETS tersebut menawarkan sebanyak 1,260 tiket sehari menjadikan keseluruha­n tiket tambahan sebanyak 15,120 termasuk tren ekspres, manakala jumlah tiket yang ditawarkan termasuk tren biasa dan tambahan bagi musim perayaan Aidilfitri ialah 135,000 tiket.

Selain itu, KTMB turut menyediaka­n dua perjalanan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) pergi dan balik yang akan beroperasi dari Stesen KL Sentral ke Stesen Tumpat, Kelantan dan sebaliknya dengan 952 tiket ditawarkan untuk perkhidmat­an khas itu, khusus bagi mereka yang pulang ke Pantai Timur.

Tren Khas ELA akan berhenti di 17 stesen iaitu Stesen KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Pulau Sebang, Gemas, Bahau, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Dabong, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Mas, Wakaf Bharu dan Tumpat.

“Tiket tambahan untuk ETS dan perkhidmat­an khas ELA akan mula dijual pada hari ini bermula 5 petang menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS) dan juga di kiosk tiket yang tersedia di semua stesen utama KTMB,” katanya. — Bernama

 ?? ?? LOKE
LOKE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia