Utusan Borneo (Sarawak)

MH370: Ocean Infinity bentang pelan pencarian baharu Mei ini

-

Syarikat robotik marin Ocean Infinity akan membentang­kan pelan baharu pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 kepada Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) awal Mei ini, kata Menterinya Anthony Loke.

Bercakap dalam sidang media di sini semalam, Loke berkata syarikat yang berpangkal­an di Amerika Syarikat itu akan mengadakan pertemuan dengan beliau sendiri untuk membentang­kan pelan tersebut termasuk lokasi pencarian baharu.

“Kita tunggu dulu kertas cadangan mereka dan selepas dengar pembentang­an, MOT perlu buat kertas Jemaah Menteri untuk mendapatka­n kelulusan Kabinet untuk mengadakan komitmen tersebut.

“Kena faham prinsipnya ialah no cure, no pay. Kalau mereka tak dapat jumpa pesawat itu, tidak ada bayaran diberikan. Namun begitu kalau sudah ada komitmen (perjanjian), kalau mereka jumpa kita perlu bayar. Ia (akan) melibatkan implikasi kewangan dan memerlukan kelulusan Kabinet,” katanya.

Sebelum ini Ocean Infinity melaksanak­an pencarian di Lautan Hindi pada 2017 dan berakhir pada 2018.

Pada 3 Mac lepas, Loke dilaporkan berkata MOT memberi jaminan akan melakukan segala yang mungkin bagi mendapatka­n kelulusan Kabinet menandatan­gani kontrak baharu dengan Ocean Infinity untuk menyambung semula pencarian pesawat MH730 yang hilang 10 tahun lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 4 Mac menyatakan kesediaan Malaysia untuk membuka semula siasatan kehilangan pesawat itu sekiranya terdapat bukti baharu dan kukuh.

Penerbanga­n MH370 yang membawa 239 penumpang dan kru, hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia