Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Ibrahim kurnia 25,000 kampit beras kepada asnaf sekitar ibu negara

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniak­an sumbangan peribadi 25,000 kampit beras, seberat 10 kilogram setiap satu kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf di Kuala Lumpur sepanjang Ramadan.

Datuk Paduka Maharajale­la Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithn­aini berkata kurniaan itu merupakan cetusan hati sanubari Yang di-Pertuan Agong yang prihatin dengan nasib golongan kurang berkemampu­an itu khususnya di sekitar Kuala Lumpur ditambah dengan keadaan ekonomi tidak menentu serta kenaikan harga barang ketika ini.

“Walaupun kita nampak kecil, saya fikir ia begitu bermakna kepada mereka yang dalam kesusahan, keadaan mungkin berlaku kenaikan harga beras. Jadi sumbangan makanan ruji ini sekurangku­rangnya dapat membantu khususnya dalam bulan Ramadan ini dan menjelang Aidilfitri,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n sumbangan berkenaan di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, di sini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) Mohd Fauzi Abi

din dan Pengerusi Masjid Saidina Hamzah Zulkarnain Umar.

Azuan Effendy berkata Seri Paduka Baginda sentiasa menzahirka­n harapan dan keinginan untuk membantu golongan susah sebaik mungkin dan lebih banyak lagi program sedemikian akan dibuat selepas ini.

Beliau berkata Istana Negara dengan kerjasama MAIWP dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) menetapkan 10 masjid terpilih sekitar Kuala Lumpur bagi urusan pengagihan beras kepada asnaf di sekitar kariah dengan setiap masjid akan menerima stok beras sebanyak 2,500 kampit itu.

Seorang penerima Nor Azila Sahbari, 32, bersyukur kerana

terpilih menerima bantuan berkenaan yang disifatkan­nya amat diperlukan ketika ini memandangk­an dia kini memikul tanggungja­wab ketua keluarga setelah suaminya terlantar sakit sejak dua tahun lepas.

Ibu kepada tujuh anak berusia enam bulan hingga 14 tahun yang tinggal di PPR Batu Muda itu berkata dengan pendapatan tidak menentu sebagai peniaga kecil-kecilan, tugas menyara keluarga amat sukar lebih-lebih lagi dengan kos sara hidup semakin meningkat ketika ini.

“Saya terima rezeki ini dengan tangan terbuka. Sekarang hanya saya seorang bekerja menanggung keluarga dan apabila mendapat bantuan ini saya bersyukur sangat, terasa ringan beban. Menjunjung

kasih Tuanku semoga dipanjangk­an umur sihat-sihat selalu,” katanya.

Bagi Sarimah Nordin, 65, dari Pangsapuri Seri Batu, walaupun sumbangan berkenaan kelihatan kecil namun baginya serta penerima lain yang kurang berkemampu­an, ia amat berharga dan istimewa sekali gus membuktika­n keprihatin­an Yang di-Pertuan Agong terhadap kesusahan rakyat.

“Terima kasih banyakbany­ak kepada Tuanku membantu kami yang asnaf ini. Harga beras ketika ini agak mahal dan bagi keluarga seperti saya yang mempunyai ramai anak cucu, 10 kilogram beras ini mampu menampung keperluan dalam dua minggu,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN: Sebahagian penerima sumbangan bergambar selepas Majlis Penyerahan 25,000 Kampit Beras Kurniaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Asnaf di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SUMBANGAN: Sebahagian penerima sumbangan bergambar selepas Majlis Penyerahan 25,000 Kampit Beras Kurniaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kepada Asnaf di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia