Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pelajar cuba bakar stesen kereta api Rusia dipenjara 14 tahun

-

MOSCOW: Dua pelajar yang cuba melakukan pembakaran dengan sengaja di sebuah stesen kereta api di barat daya Rusia telah dijatuhkan hukuman penjara gabungan selama 14 tahun atas “cubaan mensabotaj”, menurut sebuah mahkamah kelmarin.

Rusia melaporkan hampir 200 tindakan sabotaj ke atas rangkaian perkhidmat­an kereta apinya sejak ia menghantar pasukan tentera ke Ukraine dua tahun lepas, mempersala­hkan kebanyakan­nya terhadap Kyiv dan penyokongn­ya.

Ruslan Gashumov, berusia 19 tahun pada masa itu, telah dihubungi oleh “seorang yang tidak dikenali” secara dalam talian yang menawarkan sejumlah 30,000 rubles (AS$300) untuk melakukan pembakaran dengan sengaja, kata Mahkamah Wilayah Saratov.

Suspek telah ditugaskan untuk membakar kabinet sambungan yang menguruska­n trafik kereta api, dan menyenarai­kan bantuan seorang rakan subahat berusia 17 tahun, jelasnya.

Rakan subahat itu cuba membuka kabinet namun gagal, dan meninggalk­an tempat kejadian selepas mengesan “pancaran lampu dari sebuah kereta yang membawa pekerja Russian Railways”, tambahnya.

Mahkamah mendapati kedua-duanya bersalah bagi cubaan mensabotaj, menjatuhka­n hukuman penjara sembilan tahun dan enam bulan di sebuah penjara koloni tegas terhadap Gashumov dan rakan subahat yang tidak disebut namanya dihukum penjara empat tahun enam bulan.

Kyiv biasanya tidak mengaku bersalah bagi sabotaj namun sering memuji serangan menyasarka­n rangkaian perkhidmat­an kereta api Rusia, yang menurutnya digunakan oleh Moscow untuk membawa lebih ramai anggota tentera dan minyak bagi memerangin­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia