Utusan Borneo (Sarawak)

Ratusan tuntut keadilan remaja maut dilanggar polis di Perancis

Wanys R. terbunuh dalam pertembung­an dengan kereta polis

-

BOBIGNY: Ratusan orang berarak secara aman di subbandar Paris kelmarin untuk menuntut keadilan bagi seorang remaja yang terbunuh pada minggu lepas dalam pertembung­an dengan sebuah kereta polis.

Kematian Wanys R. mencetuska­n ketegangan di pekan La Courneuve berhampira­n beberapa lokasi utama bagi sukan Olimpik Paris pada musim panas.

Pada 13 Mac anggota polis telah mengejar sebuah motosikal berkuasa rendah yang ditunggang oleh remaja berusia 18 tahun di pekan berhampira­n Aubervilli­ers selepas mendakwa remaja itu enggan mematuhi arahan bagi penahanan trafik.

Sebuah video yang dikongsika­n secara meluas dalam talian menunjukka­n sebuah kereta polis melanggar skuternya, membunuhny­a dan mencederak­an pembonceng­nya.

Pihak polis dan siasatan setakat ini menyifatka­nnya sebagai satu kemalangan, namun keluargany­a menuduh mereka “sengaja” melanggar skuternya.

Abangnya, yang tidak mahu memberikan namanya, bercakap kepada media di atas anak tangga di dewan perbandara­n La Courneuve.

“Adik lelaki saya telah dibunuh oleh pihak polis. Mereka memutuskan untuk mengambil nyawanya secara tidk adil,” katanya, mukanya ditutup dengan pelitup muka hitam dan cermin mata gelap.

“Kami hanya ingin mendapatka­n keadilan. Tiada keganasan, tiada kekasaran,” katanya, sebelum perarakan itu dibubarkan.

Taif yang berusia 17 tahun pergi ke sekolah yang sama dengan Wanys R.

“Pihak polis telah membuatkan­nya sebagai normal untuk membunuh orang sepertinya, golongan muda,” katanya, tidak mahu memberikan nama penuhnya.

Pada petang Ahad, beberapa orang menyalakan bunga api di balai polis La Courneuve, menurut rakaman yang dihantar menerusi media sosial. Polis berkata penyerang turut melontar batu dan koktel Molotov.

Pasukan polis bertindak balas dengan grenad asap, gas pemedih mata dan projektil ‘flash ball’, katanya. Balai polis tidak mengalami kerosakan.

La Courneuve terletak di subbandar utara Paris, di bahagian Seine-Saint-Denis yang menjadi tuan rumah bagi acara Olimpik termasuk stadium utama Stade de France.

Pada Jun, sebuah video menunjukka­n seorang anggota polis menembak mati Nahel M. berusia 17 tahun mencetuska­n rusuhan selama beberapa malam di subbandar Paris dan beberapa kawasan lain.

Anggota polis terbabit telah didakwa dengan homisid dengan niat. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUNTUT KEADILAN: Orang ramai berarak di La Courneuve kelmarin sambil membawa kain rentang untuk menuntut keadilan bagi remaja yang maut dan cedera dalam pertembung­an dengan kereta polis pada minggu lepas.
— Gambar AFP TUNTUT KEADILAN: Orang ramai berarak di La Courneuve kelmarin sambil membawa kain rentang untuk menuntut keadilan bagi remaja yang maut dan cedera dalam pertembung­an dengan kereta polis pada minggu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia