Utusan Borneo (Sarawak)

Na’imah gagal dapatkan pasport secara kekal

-

KUALA LUMPUR: Isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid semalam gagal untuk mendapatka­n kembali pasport antarabang­sanya secara kekal.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache menolak permohonan Na’imah selaku pemohon, bagi menyemak perintah Mahkamah Sesyen yang menahan pasportnya selepas beliau didakwa gagal mengisytih­arkan harta.

“Tindakan Hakim Mahkamah Sesyen sah, wajar dan tidak terdapat ketidakadi­lan yang berlaku. Mahkamah sahkan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen dan menolak permohonan ini,” kata hakim itu.

Pada 23 Januari, Na’imah, 66, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan gagal mematuhi notis agar mengisytih­arkan hartanya termasuk Menara Ilham, serta beberapa aset lain di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Hakim Azura Alwi membenarka­n Na’imah diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin dan memerintah­kan beliau untuk menyerahka­n pasportnya kepada mahkamah.

Hakim Ahmad berkata, mahkamah bersetuju dengan hujahan pendakwa raya, bahawa tidak ada jaminan pemohon (Na’imah) tidak melarikan diri jika pasport tidak ditahan di mahkamah.

“Mahkamah berpendapa­t bahawa flight risk (larikan diri) kemungkina­n berlaku, kerana Tun Daim sedang sakit dan mungkin perlukan perubatan di luar negara dan pasportnya tidak ditahan

di mahkamah. Jika pasport pemohon ada bersamanya, kemungkina­n risiko untuk fligh risk lebih tinggi yang mana pemohon ke luar negara dan tidak kembali.

“Sekiranya pemohon ingin ke luar negara untuk membawa suami (Daim) bagi tujuan perubatan, seperti pendakwa raya katakan, pemohon boleh membuat permohonan dan ia akan diuruskan dengan segera,” katanya dan menambah syarat tambahan pasport adalah untuk memastikan pemohon hadir pada prosiding di mahkamah.

Hakim itu berkata, kes membabitka­n personalit­i antaranya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang pernah didakwa di mahkamah juga dikenakan syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah.

“Penahanan pasport di mahkamah untuk beberapa kes sebagai satu bentuk keselamata­n,” katanya.

Mengenai sama ada keputusan Mahkamah Sesyen telah melanggar hak Na’imah di bawah Perlembang­aan Persekutua­n, Hakim Ahmad berkata hak Na’imah sebagai warganegar­a berubah selepas beliau didakwa di mahkamah.

“Keadaan berubah daripada rakyat biasa kepada tertuduh. Hak muktlak pemohon terhadap pasportnya telah berubah,” katanya.

Pada 29 Januari, suami beliau yang berusia 85 tahun turut didakwa atas pertuduhan sama membabitka­n satu akaun bank, tujuh kenderaan mewah, 38 syarikat dan 25 hartanah.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukaka­n mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GAGAL: Na’imah (kanan) semalam gagal untuk mendapatka­n kembali pasport antarabang­sanya secara kekal.
— Gambar Bernama GAGAL: Na’imah (kanan) semalam gagal untuk mendapatka­n kembali pasport antarabang­sanya secara kekal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia