Utusan Borneo (Sarawak)

Isu stoking: Juruteknik dipenjara enam bulan, denda RM12,000

Mengaku bersalah kerana membuat hantaran menghina agama Islam

-

KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, kerana membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook miliknya lima hari lepas.

Hakim Suzana Hussin juga memerintah­kan Chiok Wai Long, 35, dipenjara tiga bulan jika gagal menjelaska­n denda, dan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu 20 Mac lepas.

Lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi yang jelik dengan niat untuk menyakitka­n hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunaka­n nama profil ‘Chiok Wai Loong’ pada 18 Mac lepas yang kemudianny­a dilihat di Taman Sri Jati, Brickfield­s pada 3 pagi hari yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 231(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran, selain terdapat 24 laporan polis diterima berkaitan perbuatan tertuduh.

“Hantaran dibuat tidak sensitif terhadap agama Islam. Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada (penduduk) pelbagai agama, rasa hormat tidak boleh sama sekali diketepika­n,” katanya.

Sementara itu, Chiok yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata dirinya tidak berniat dan tidak mengetahui perkataan yang digunakann­ya boleh bermaksud menghina.

“Saya memang ‘keyboard warrior’... macam hobi, tapi saya tidak sangka ia (posting)

Saya memang ‘keyboard warrior’... macam hobi, tapi saya tidak sangka ia (posting) menyentuh sensitivit­i. Bukan niat saya untuk menghina.

Chiok Wai Long Tertuduh

menyentuh sensitivit­i. Bukan niat saya untuk menghina,” katanya yang merayu tidak dipenjarak­an.

Kelmarin Bernama melaporkan polis menahan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial berunsur menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di rangkaian kedai sebaneka.

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAH: Chiok dihukum penjara enam bulan dan didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam selepas mengaku bersalah membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook miliknya, empat hari lepas.
— Gambar Bernama BERSALAH: Chiok dihukum penjara enam bulan dan didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam selepas mengaku bersalah membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook miliknya, empat hari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia