Utusan Borneo (Sarawak)

Edar lebih 51kg dadah, operator kilang dan jurudawai elektrik dihadap ke mahkamah

- KUALA KANGSAR:

Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mengedar dadah seberat 51.501 kilogram (kg), minggu lalu.

Mohamad Faez Abdul Halim, 33, yang merupakan operator kilang dan Shahrul

Izhar Takhirul Anuar, 31, yang bekerja sebagai jurudawai elektrik mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa

Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa bersamasam­a didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphet­amine seberat 51,501 gram di hadapan bangunan kedai No 108, Persiaran Bougainvil­lea Utama 4, Bougainvil­lea Utama di sini pada kira-kira pukul 4.10 petang, 16 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Ia memperuntu­kkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum dengan minimum 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya MuhammadFa­hmiKamalud­din manakala Shahrul Izhar diwakili peguam Hennie Soraya Hanafi sementara

Mohamad Faez tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarka­n sebarang jaminan dan menetapkan 22 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi mendapatka­n laporan kimia.

Pada 16 Mac, polis berjaya menumpaska­n satu sindiket pengedaran dadah jenis Methamphet­amine atau syabu dengan penahanan dua lelaki serta merampas dadah berkenaan yang dianggarka­n bernilai RM2.57 juta di dalam sebuah kereta jenis Mercedes-Benz berhampira­n sebuah bangunan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia