Utusan Borneo (Sarawak)

Stoking tertera kalimah Allah: Kertas siasatan lengkap, polis tunggu arahan AGC

-

Polis sudah melengkapk­an kertas siasatan berhubung kes penjualan stoking tertera kalimah Allah, dan menyaranka­n supaya dibuat pertuduhan terhadap pihak yang berkaitan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya kini hanya menunggu arahan selanjutny­a daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC).

Beliau berkata, siasatan itu melibatkan pihak kedai sebaneka KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan vendornya iaitu sebuah kilang yang beroperasi di kawasan perindustr­ian Sri Gading di Johor.

“Setakat ini 143 laporan (mengenai kes itu) diterima dan 174 saksi telah diambil keterangan termasuk kakitangan serta pemandu lori kedai serbaneka itu, selain 14 pasang stoking yang tertulis kalimah Allah telah dirampas.

“Kita telah menyaranka­n untuk tuduhan, namun masih menunggu arahan terakhir dan terkini daripada pihak AGC. Sebaik sahaja terima maklumat, kita akan maklumkan,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di sini semalam.

Mohd Shuhaily berkata, kes melibatkan KK Super Mart itu memberi kesan kepada rakyat Malaysia beragama Islam selain mendapat reaksi tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menzahirka­n kemurkaan baginda.

“Saya sendiri agak terkesan dengan kes ini, tetapi apabila menyarung pakaian seragam PDRM, siasatan yang dilakukan haruslah mengikut lunas undangunda­ng,” katanya yang mengingatk­an semua pihak agar bersabar dan tidak mengambil tindakan sendiri berkaitan isu itu.

Beliauturu­tmenyarank­an kepada golongan agamawan mengambil sikap ke arah lebih menenangka­n keadaan kerana tindakan telah diambil dan mereka yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan mengikut peruntukan undang-undang.

Baru-baru ini video dan tangkap layar gambar stoking yang tertera kalimah Allah tular menerusi media sosial yang didakwa dijual di sebuah kedai rangkaian serbaneka sehingga menimbulka­n kemarahan umat Islam.

Sabtu lepas pengendali kedai rangkaian serbaneka itu memohon maaf susulan video tular penjualan stoking yang tertera kalimah Allah itu di cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia