Utusan Borneo (Sarawak)

Verstappen berhasrat untuk terus kekal dengan Red Bull

Telah tandatanga­ni kontrak sehingga 2028 namum tekad tinggalkan pasukan jika Red Bull berpisah dengan mentornya, Marko

-

MELBOURNE: Juara dunia tiga kali Max Verstappen kelmarin meluahkan hasratnya untuk kekal dengan Red Bull, menegaskan dia gembira walaupun mingguming­gu bergelora di luar trek.

Pelumba Belanda itu menandatan­gani kontrak sehingga 2028 tetapi memberitah­u bahawa pada perlumbaan terakhir di Arab Saudi, dia akan mempertimb­angkan untuk pergi jika Red Bull berpisah dengan mentor lama Helmut Marko dalam perebutan kuasa yang boleh menjejaska­n pasukan.

Ia berikutan komen bapa pelumba itu, Jos yang pada awal bulan ini mendakwa bahawa Red Bull akan “terkoyak” jika pengurus pasukan Christian Horner kekal memegang jawatannya.

Horner dituduh berkelakua­n tidak wajar melibatkan rakan sekerja wanita tetapi dia kemudianny­a dibebaskan daripada sebarang dakwaan salah laku menjelang pembukaan musim di Bahrain.

Ditanya di Grand Prix Australia di Melbourne sama ada dia akan menghabisk­an kontraknya, Verstappen menjawab: “Sudah tentu, itulah sebabnya saya menandatan­gani kontrak itu pada mulanya.

“Yang pasti, dengan adanya perjanjian itu, itulah hasrat saya, untuk berada di sini hingga akhir.

“Ia akan menjadi cerita yang hebat jika saya menyertai sehingga akhir kerana ia bermakna saya telah menjadi sebahagian daripada satu keluarga dan satu pasukan.

“Saya sentiasa berasa selesa (bersama Red Bull) kerana bagi saya ia seperti keluarga kedua, ia bagus.”

Kerjaya pelumba berusia 26 tahun itu diselia oleh

Marko, 80, dan Verstappen mengulangi kepentinga­n untuk mengekalka­n pasukan yang telah menikmati banyak kejayaan.

“Saya rasa kami semua mahukan perkara yang sama, kami semua mahu beraksi di trek, itulah fokus kami sebagai satu pasukan,” katanya.

“Secara umumnya, apabila kita mempunyai pasukan yang berjaya, mempunyai kumpulan orang tengah yang baik, ia penting untuk memastikan mereka bersama dan gembira serta memainkan peranan yang sama.”

Khabar angin bahawa pelumba itu akan meninggalk­an Red Bull menarik minat pengurus Mercedes, Toto Wolff, yang memerlukan pengganti musim depan apabila Lewis Hamilton berpindah ke Ferrari.

“Selalu gembira mendengarn­ya,” kata Verstappen, yang menambah bahawa dia tidak tahu apakah yang akan berlaku selepas 2028.

“Saya tidak tahu apakah yang akan berlaku selepas 2028, sama ada saya akan meneruskan, menandatan­gani perjanjian baharu, saya tidak tahu.”

Verstappen mendominas­i dua grand prix pertama musim ini di Bahrain dan Arab Saudi untuk memberinya sembilan kemenangan berturut-turut.

Sekiranya dia melepasi garisan penamat terlebih dahulu di Australia, dia akan menyamai rekodnya sendiri dengan memenangi 10 perlumbaan berturut-turut.

Sergio Perez, naib juara kepada rakan sepasukann­ya dalam dua perlumbaan pembukaan, berkata dia berharap Verstappen kekal dengan pasukan itu dalam “kedudukan yang sangat kuat”.

“Untuk mencapainy­a, ia mengambil masa bertahunta­hun,” katanya.

“Semua orang dalam pasukan bekerja dengan baik bersama-sama sekarang, seluruh pasukan kejurutera­an bersatu. Kamu boleh melihatnya di trek dan betapa cekapnya kami dalam tahuntahun lepas.

“Jadi, saya tidak nampak apa-apa sebab untuk mengubahny­a dan jelas sekali ia akan menjadi tamparan besar jika Max pergi.”

“Saya sentiasa berasa selesa (bersama Red Bull) kerana bagi saya ia seperti keluarga ” kedua, ia bagus. Max Verstappen Pemandu pasukan Red Bull

 ?? — Gambar AFP ?? MESRA: Verstappen (duduk) ditemu ramah oleh pemberita menjelang perlumbaan Formula 1 Grand Prix Australia di Melbourne.
— Gambar AFP MESRA: Verstappen (duduk) ditemu ramah oleh pemberita menjelang perlumbaan Formula 1 Grand Prix Australia di Melbourne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia