Utusan Borneo (Sarawak)

Sainz yakin dirinya cukup sihat untuk berlumba di Formula 1 GP Australia

-

Carlos Sainz kelmarin menyatakan dia yakin dia cukup sihat untuk memandu Ferrarinya di Melbourne tetapi dia akan memutuskan sama ada untuk terus berlumba atau tidak selepas melihat keadaan tubuhnya dalam latihan.

Pelumba Sepanyol itu menjalani pembedahan lantaran radang usus dua minggu lalu, mengakibat­kannya terlepas grand prix di Arab Saudi, di mana pemandu simpanan remaja, Oliver Bearman menduduki tempat ketujuh.

Sainz berkata dia sudah bertambah baik, setelah meluangkan dua minggu dalam pemulihan tanpa latihan.

“Setiap hari saya berasa lebih baik, minggu pertama agak sukar. Ketika itulah kita akan melihat keadaan agak gelap,” katanya menjelang Grand Prix Australia Ahad ini.

“Tetapi pada minggu kedua, pemulihan semakin pantas dan saya mula berasa yakin saya boleh melompat ke dalam kereta esok dan melakukann­ya dengan baik.

“Saya akan lihat bagaimana keadaan saya, saya berasa positif tentangnya.”

Sainz menduduki tempat ketiga di belakang juara Max Verstappen dan rakan sepasukan pemandu Red Bull dari Belanda itu, Sergio Perez

pada perlumbaan pembukaan musim ini di Bahrain.

Red Bull mengulangi kemenangan tempat pertama-kedua di Jeddah, di mana rakan sepasukan Sainz, Charles Leclerc melengkapk­an podium.

Walaupun Sainz telah diberikan kebenaran daripada doktor dan dia mahu berlumba, masih belum jelas bagaimanak­ah tindak balas tubuhnya terhadap Formula

Satu.

“Saya akan memberitah­u kamu esok apabila saya kembali ke dalam kereta dan daya-G melemparka­n saya,” katanya, merujuk kepada latihan pertama di Melbourne pada hari Jumaat.

“Tetapi saya rasa bersedia. Saya telah berusaha sebanyak mungkin untuk pulih dan kamu tidak boleh bayangkan usaha dan logistik yang telah saya lakukan untuk kembali

sihat untuk perlumbaan ini.

“Saya sangat gembira dengan kemajuan yang saya buat dan sekarang, seperti yang saya katakan, sudah tiba masanya untuk melompat ke dalam kereta dan melihat keadaan saya.”

Sainz akan meninggalk­an Ferrari pada penghujung musim untuk memberi laluan kepada juara dunia tujuh kali Mercedes, Lewis Hamilton. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PERSIAPAN: Jurutera dan mekanik pasukan Ferrari memeriksa jentera Sainz menjelang perlumbaan F1 GP Australia di Melbourne.
— Gambar AFP PERSIAPAN: Jurutera dan mekanik pasukan Ferrari memeriksa jentera Sainz menjelang perlumbaan F1 GP Australia di Melbourne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia