Utusan Borneo (Sarawak)

Maguire sokong Southgate untuk terus terajui England

-

LONDON: Harry Maguire telah menyatakan sokonganny­a terhadap Gareth Southgate untuk kekal sebagai pengurus England selepas Euro 2024 berikutan laporan terbaru yang mengaitkan jurulatih negara itu dengan Manchester United.

Kontrak Southgate di England akan tamat pada akhir tahun ini dan dia masih belum bersetuju menandatan­gani perjanjian baharu untuk mengekalka­nnya sebagai pengurus sehingga Piala Dunia 2026.

Kejohanan Eropah di Jerman akhir tahun ini mungkin menandakan penamat pemerintah­an Southgate, dan United telah dicadangka­n sebagai destinasi seterusnya untuk pengurus England itu.

Perpindaha­n ke Old Trafford akan menyaksika­n Southgate terus membimbing pemain pertahanan United, Maguire selepas dia terus percaya akan pemain pertahanan tengah itu tatkala isu-isu membendung­nya di dalam dan di luar padang.

Namun sementara Maguire mungkin mendapat manfaat daripada Southgate menggantik­an Erik ten Hag di United, pemain berusia 31 tahun itu menegaskan dia mahu jurulatih antarabang­sanya kekal bertanggun­gjawab untuk jangka masa panjang.

“Ya, semestinya,” kata Maguire kelmarin apabila ditanya sama ada dia mahu melihat Southgate melanjutka­n perkhidmat­annya di

England.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku selepas Euro, saya tidak tahu sama ada dia sudah tahu apakah yang akan berlaku.

“Tetapi saya rasa sumbangann­ya sejak dia mulamula mengambil alih tugas ini hingga kedudukan kami sekarang, kami telah mengorak langkah besar dan dia adalah sebahagian besar daripada itu.”

Southgate sedang bersiap sedia untuk membawa England ke kejohanan keempat dalam kendaliann­ya.

Dia hampir menjulang trofi utama pasukan lelaki England buat kali pertama sejak Piala Dunia 1966.

England mara ke separuh akhir Piala Dunia 2018, tewas di final Euro 2020 kepada Itali menerusi sepakan penalti penentuan dan ditewaskan Perancis pada suku akhir Piala Dunia pada 2022.

Ditanya sama ada mereka akan gagal lagi dalam Euro kali ini, Maguire berkata: “Saya rasa sebagai satu kumpulan, kami sudah bersedia untuk menang.

“Jika kamu bertanya kepada setiap pemain dalam skuad, mereka akan berkata mereka mahu memenangi kejohanan itu.

“Bagaimanap­un, kami faham bahawa ia kejohanan bola sepak dan jika kami akan memenangi Euro, kami mungkin perlu memenangi sepakan penalti penentuan, jadi kami perlu bersedia dalam aspek itu.”

Semasa Southgate memegang jawatan, dia telah menyokong Maguire walaupun pemain itu tidak digemari pasukan United, telah dilucutkan jawatan kapten dan diejek oleh penyokong England.

Bercakap menjelang perlawanan persahabat­an England menentang Brazil pada hari Sabtu dan menentang Belgium pada Selasa, Maguire berkata: “Saya fikir kepercayaa­n yang dia tunjukkan kepada saya sepanjang saya bermain untuk England adalah luar biasa.

“Jadi itu memberi saya keyakinan dan kepercayaa­n yang tinggi bahawa saya boleh mengubah keadaan. Ia memberi saya kepercayaa­n pada diri saya sendiri dan dia telah menjadi sebahagian besar daripada itu dan saya berterima kasih kepadanya atas sokongan.” — AFP

 ?? SOUTHGATE ??
SOUTHGATE
 ?? ?? MAGUIRE
MAGUIRE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia