Utusan Borneo (Sarawak)

Portugal beraksi gah tanpa Ronaldo

Skuad bimbingan Martinez benam Sweden 5-2 dalam aksi persahabat­an menjelang Kejohanan Eropah musim panas ini

-

GUIMARAES: Portugal pasukan bimbingan Roberto Martinez menumpaska­n Sweden 5-2 dalam perlawanan persahabat­an menjelang Kejohanan Eropah musim panas ini tanpa azimat pemain penyerang, Cristiano Ronaldo.

Bekas penyerang Real Madrid dan Manchester United itu, 39, direhatkan oleh Martinez tetapi pasukannya menang mudah di Guimaraes.

Rafael Leao, Matheus Nunes dan Bruno Fernandes semuanya menjaringk­an gol untuk pasukan tuan rumah yang mendominas­i pada separuh masa pertama.

Bruma dan Goncalo Ramos menambah jumlah gol Portugal selepas rehat, manakala penyerang Sweden Viktor Gyokeres dan Gustaf Nilsson menjaringk­an gol untuk pasukan pelawat.

“Saya sangat menyukai komitmen dan semangat mereka yang sangat baik,” kata Martinez, yang meraih 11 kemenangan daripada 11 perlawanan.

Bagaimanap­un, jurulatih Sepanyol itu tidak kagum pasukannya bolos dua kali.

“Ia perlawanan persahabat­an,

tetapi saya tidak suka memberikan dua gol seperti yang kami lakukan,” tambahnya.

Sweden, yang gagal ke Euro 2024, menunjukka­n prestasi menyedihka­n dalam perlawanan pertama kendalian

jurulatih baharu Jon Dahl Tomasson - bekas pemain antarabang­sa Denmark itu merupakan jurulatih kelahiran

asing pertama negara itu apabila dilantik pada Februari.

Juara Euro 2016, Portugal membuktika­n mengapa mereka ialah pasukan pilihan lagi tahun ini.

Pemain sayap AC Milan, Leao, menjaringk­an gol pembukaan selepas cubaan Bernardo Silva terkena tiang pada minit ke-24.

Pemain tengah Manchester City, Nunes menjaringk­an gol kedua yang cantik tidak lama kemudian, membelah pertahanan dan menemui jaring berhampira­n tiang gol.

Nelson Semedo membantu gol ketiga, melorong untuk Bruno Fernandes menyempurn­akan dari jarak dekat untuk gol antarabang­sanya yang ke-20.

Pemain Manchester United itu membantu Burma untuk gol keempat.

Gyokeres, penjaring terbanyak Portugal di Sporting Lisbon, membalas satu gol untuk Sweden tidak lama kemudian, tetapi Goncalo Ramos pantas menerkam di hujung padang Portugal.

Pemain debut Jota Silva hampir menambah gol keenam di stadium rumahnya tetapi penjaga gol Sweden Robin Olsen menafikan cubaannya dari jarak dekat.

Sweden meraih satu gol pada masa kecederaan menerusi Nilsson yang menanduk masuk hantaran silang Dejan Kulusevski.

Portugal, yang memenangi kesemua 10 perlawanan kelayakan mereka untuk Euro 2024, akan menentang Slovenia dalam satu lagi perlawanan persahabat­an pada hari Selasa.

“Saya akan memberikan segala-galanya untuk mendapat tempat dalam senarai akhir,” kata pemain pertahanan Wolves, Semedo.

“Ia perlawanan yang hebat daripada kami, kami berjaya menjaringk­an lima gol, tetapi ada perkara yang perlu diperbaiki kerana kami meloloskan dua gol.

“Kami perlu memperbaik­i beberapa perkara dari segi kawalan, mengawal bola, permainan dengan lebih banyak lagi.”

“Saya sangat menyukai komitmen dan semangat mereka yang sangat ” baik. Roberto Martinez Jurulatih Portugal

 ?? — Gambar AFP ?? TUMPUAN: Babak aksi perlawanan persahabat­an di antara Portugal dan Sweden di Stadium Dom Afonso Henriques.
— Gambar AFP TUMPUAN: Babak aksi perlawanan persahabat­an di antara Portugal dan Sweden di Stadium Dom Afonso Henriques.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia