Utusan Borneo (Sarawak)

Ia susulan peningkata­n jumlah kebakaran tanah gambut dan hutan di Miri: Lee

-

terjejas,” katanya.

Beliau turut menggesa pemilik tanah di kawasan terjejas supaya mula mengaktifk­an halangan api dan membanjiri tanah mereka bagi mengelakka­n kebakaran.

Dalam perkembang­an berkaitan, kebakaran tanah gambut dan hutan di kawasan Adong di sini yang dipercayai bermula pagi semalam dikhuatiri akan merebak ke kawasan lebih luas.

Ketua Bahagian Penyiasata­n Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata, lokasi kebakaran terbabit adalah di antara kawasan Permyjaya dan sebuah ladang persendiri­an, iaitu kira-kira tiga kilometer dari Desa Indah 3, Permyjaya.

“Setakat jam 1 petang, dianggarka­n seluas 21 hektar kawasan terbakar dan dijangka akan merebak ke kawasan lebih luas.

“Pada masa ini, bomba dibantu oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) Naim dan Woodman sedang berusaha untuk membuat pemadaman dan pembanjira­n di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Sementara itu, Awangku Mohd Hazmin berkata memandangk­an kawasan yang terjejas adalah tanah hak milik kerajaan, pihaknya telah mencadangk­an kepada kerajaan agar dapat mengeluark­an bajet untuk membuat halangan api bagi mengelakka­n api daripada merebak ke kawasan yang lebih luas.

Terdahulu, kebakaran yang dipercayai bermula jam 10 pagi itu menggempar­kan masyarakat setempat apabila asap tebal kelihatan menyelubun­gi ruang udara di kawasan tersebut.

Justeru, Awangku Mohd Hazmin menasihati orang ramai agar kekal di dalam rumah demi keselamata­n dan kesihatan masing-masing.

“Kami menasihatk­an bagi yang ada masalah kesihatan, elak daripada melakukan riadah atau joging di luar rumah buat sementara waktu agar tidak mengalami sesak nafas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia