Utusan Borneo (Sarawak)

Kemalangan antara kereta dan 4WD korbankan seorang wanita

Mangsa meninggal dunia ketika mendapatka­n rawatan di HUS

- Oleh Jeremy Lanson Ketua Polis Daerah Padawan

Kenderaan 4WD tersebut tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu dekat lalu melanggar kereta dinaiki mangsa menyebabka­n ia terbabas ke kiri jalan dan terhumban ke dalam longkang.

KUCHING: Seorang wanita meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Batu 12 Jalan Kuching-Serian di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Beky Nyuu, 55, beralamatk­an Kampung Taee, Serian.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa menumpang sebuah kereta sebelum berlaku pelanggara­n dengan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) sekitar jam 10.23 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila 4WD yang bergerak lurus di lorong kanan berlanggar dengan kereta dinaiki mangsa yang dipercayai keluar dari simpang lalu terus memasuki laluan 4WD.

“Kenderaan 4WD tersebut tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu dekat lalu melanggar kereta di

naiki mangsa menyebabka­n ia terbabas ke kiri jalan dan terhumban ke dalam longkang,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatka­n rawatan.

“Mangsa telah mendapatka­n rawatan di Unit Kecemasan

HUS dan disahkan meninggal dunia pada jam 12.55 tengah hari.

“Sementara pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 61 tahun dilaporkan mengalami cedera ringan di beberapa anggota badan,” katanya.

Manakala, pemandu dan penumpang kenderaan 4WD dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Pihak polis kini sedang mengesan saksi bebas untuk membantu siasatan,” katanya.

 ?? ?? TERBABAS: Keadaan kereta dinaiki mangsa yang terbabas ke dalam longkang akibat dilanggar 4WD dalam kemalangan jalan raya di Batu 12 Jalan Kuching-Serian, kelmarin.
TERBABAS: Keadaan kereta dinaiki mangsa yang terbabas ke dalam longkang akibat dilanggar 4WD dalam kemalangan jalan raya di Batu 12 Jalan Kuching-Serian, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia