Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Wan Junaidi, Abang Johari berbuka puasa bersama 1,230 warga Sarawak di Semenanjun­g

-

KUCHING: Seramai 1,230 warga Sarawak di Semenanjun­g Malaysia memeriahka­n majlis Berbuka Puasa anjuran Yayasan Sarawak yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, kelmarin.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Turut hadir, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Selain itu, Speaker Dewan

Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta isteri Dato Fatimah Mohd Iskandar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri Datin Amar Baduyah Bujang, barisan Timbalan-Timbalan Menteri Sarawak dan Persekutua­n, barisan Timbalan-Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, ketuaketua jabatan serta dif-dif kenamaan lain turut hadir sama.

Majlis dimulakan dengan penyerahan cenderahat­i daripada Mohamad Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak kepada Tun Wan Junaidi serta isteri, Abang Johari serta isteri dan Fadillah.

Pada majlis itu juga, seramai 314 pelajar terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej

Genius@Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan institusi pengajian tinggi serta anak-anak kakitangan Yayasan Sarawak Kuala Lumpur dan Rumah Sarawak menerima sumbangan dan duit raya yang diserahkan secara simbolik oleh Tun Junaidi dan Abang Johari.

Seramai 50 pelajar hadir untuk menerima sumbangan berkenaan bagi mewakili kesemua penerima.

Terdahulu, sebelum menyampaik­an sumbangan, Tun Wan Junaidi bersama Abang Johari dan hadirin lain berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Mereka kemudianny­a menunaikan solat Isyak dan tarawih secara berjemaah sebelum bersurai.

 ?? — Gambar UKAS ?? UNTUK ALBUM: Tun Wan Junaidi, Abang Johari serta dif-dif kenamaan lain merakamkan kenangan bersama para penerima sumbangan.
— Gambar UKAS UNTUK ALBUM: Tun Wan Junaidi, Abang Johari serta dif-dif kenamaan lain merakamkan kenangan bersama para penerima sumbangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia