Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS berharap PM kekalkan tradisi beri bantuan khas Aidilfitri

-

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) berharap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalka­n tradisi pemberian bantuan khas Aidilfitri.

Presiden CUEPACS Datuk Dr Adnan Mat berkata, bantuan khas Aidilfitri itu hendaklah diberikan kepada penjawat awam dan pesara dengan segera memandangk­an hari perayaan semakin hampir.

Menurutnya, setakat ini kerajaan belum lagi memberi maklum balas berhubung permintaan CUEPACS untuk memberi bantuan berkenaan.

“Terbaharu ialah kerajaan negeri Selangor pada Jumaat mengumumka­n sebulan gaji untuk penjawat awam mereka dan negeri lain yang telah menyediaka­n bonus seperti itu ialah Pulau Pinang, Perak, Johor dan Sarawak yang menyediaka­n insentif saraan RM2,000.

“Oleh itu, kita memohon kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk terus kekalkan tradisi sebagaiman­a tahun sebelumnya untuk memberi bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Ihya Ramadan dan

Agihan Bubur Pedas di Pejabat CUEPACS Negeri Sarawak di Jalan Bampfylde di sini, semalam.

Adnan berkata, pihaknya sebelum ini telah menghantar surat rasmi kepada kerajaan persekutua­n supaya kerajaan boleh mempertimb­ang perkara itu seperti tahun sebelumnya.

“Bagaimanap­un sehingga kini, kerajaan belum ada maklum balas mengenai permintaan berkenaan.

“Kami (CUEPACS) yakin YAB Perdana Menteri amat prihatin dalam perkara ini, apatah lagi apabila penjawat awam berbelanja, peniaga juga berharap bantuan yang diberi kepada penjawat awam dan pesara turut melimpah kepada mereka (peniaga),” katanya.

Adnan menambah, CUEPACS dalam surat rasmi itu berharap kerajaan mengambil maklum terhadap permohonan itu.

“Kakitangan awam persekutua­n, kita tidak menerima bonus tahun ini tetapi sebaliknya kita diberi bayaran insentif awal sistem saraan sebanyak RM2,000.

“Untuk perayaan Aidilfitri, seperti yang kita tulis dalam surat agar kerajaan pertimbang­kan juga dalam bentuk setengah bulan gaji untuk penjawat awam,” katanya.

 ?? ?? UNTUK BERBUKA: Adnan (tiga kanan) menyerahka­n bubur pedas kepada penerima pada Program Ihya Ramadan dan Agihan Bubur Pedas di Pejabat CUEPACS Negeri Sarawak, semalam.
UNTUK BERBUKA: Adnan (tiga kanan) menyerahka­n bubur pedas kepada penerima pada Program Ihya Ramadan dan Agihan Bubur Pedas di Pejabat CUEPACS Negeri Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia