Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU teruskan tradisi memasak bubur pedas secara gotong-royong

-

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) meneruskan tradisi memasak bubur pedas secara gotong-royong untuk diedarkan kepada penduduk di kawasan Samariang sempena Ramadan tahun ini.

Datuk Bandar DBKU Hilmy Othman berkata, sebanyak 1,000 bungkus bubur akan diagihkan sebagai juadah untuk berbuka puasa.

Menurutnya, usaha itu dilakukan menerusi kerjasama Kejiranan Mesra (KJM) N.7 Samariang dengan tujuan menjalin hubungan baik dalam kalangan komuniti serta mengimarah­kan bulan Ramadan.

“Kita telah menjayakan program seumpama ini bukan sahaja di kawasan Samariang, tetapi juga di sekitar kawasan Demak Laut dengan kerjasama KJM Bako.

“Semoga dengan usaha kita bersedekah pada bulan mulia ini akan mendapat berkat dan keredaan daripada Allah SWT, selain menjadi platform yang bermakna dalam usaha kita untuk melibatkan banyak penyertaan daripada lapisan masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Agihan Bubur Pedas KJM Samariang di Surau Darul Falah, Samariang Baru Fasa 3 di sini, semalam.

Sementara itu, Hilmy berkata DBKU sentiasa bertungkus-lumus dan bergiat aktif dalam melaksanak­an kegiatan amal sejak sebelum

Ramadan lagi.

Katanya, pelbagai program telah diadakan termasuk program gotong-royong membersihk­an kawasan KJM masing-masing seperti membersihk­an kubur, perkaranga­n masjid dan sebagainya.

“Saya terharu dengan KJM di bawah naungan DBKU kerana aktif beramal kepada masyarakat sebelum Ramadan bermula.

“Ini merupakan satu kegiatan amal yang mana kita dapat bersama warga kota merapatkan silaturahi­m dan menjalanka­n kegiatan bersedekah,” katanya.

Di samping itu, Hilmy berkata DBKU turut mengambil inisiatif membantu rakyat dengan menyediaka­n tempat untuk kegiatan penjualan sempena bulan Ramadan di tiga lokasi kawasan pentadbira­nnya.

“Tiga lokasi tapak jualan bazar Ramadan itu ialah di kawasan Satok, Semarak dan Sukma Ria.

“Bagi tapak bazar Ramadan seperti Kubah Ria, MYDIN Samariang, MYDIN Tunku Vista di Petra Jaya, ia dianjurkan bersama pihak swasta,” katanya.

Terdahulu, program turut menyaksika­n penyerahan sebanyak 600 bungkus bubur lambuk oleh pihak Maggi dan penyampaia­n sumbangan bakul makanan daripada Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) kepada 20 asnaf di sekitar kawasan Samariang.

 ?? ?? KONGSI NIKMAT RAMADAN: Hilmy menyampaik­an sumbangan bakul makanan kepada golongan asnaf pada Program Agihan Bubur Pedas KJM Samariang di Surau Darul Falah, Samariang Baru Fasa 3 semalam.
KONGSI NIKMAT RAMADAN: Hilmy menyampaik­an sumbangan bakul makanan kepada golongan asnaf pada Program Agihan Bubur Pedas KJM Samariang di Surau Darul Falah, Samariang Baru Fasa 3 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia