Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Sarawak rancang tubuh galeri seni, ambil contoh pendekatan Singapura: Abdul Karim

-

Kerajaan Sarawak merancang untuk memperting­katkan senario kebudayaan­nya dengan menubuhkan galeri seni dan pusat kebudayaan yang mengambil contoh pendekatan digunakan oleh Singapura.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif, dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia untuk menyokong bakat tempatan khasnya dalam pembanguna­n Galeri Seni Sarawak.

Sehubungan itu katanya, terdapat ranacangan untuk melawat Singapura untuk melihat bagaimana mereka menguruska­n galeri seni mereka.

“Tahun ini (melawat), kalau tak silap Jun atau Julai. Ini bagi menjalanka­n kajian bagi memahami bukan sahaja cara mereka menguruska­n bangunan dan galeri seni tetapi juga aspek operasinya.

“Saya membayangk­an kemungkina­n untuk mempunyai badan penganjur yang berdedikas­i memberi tumpuan kepada pengurusan seni kita,” katanya ketika ditemui pemberita semasa pratonton khas di Galeri Hoan, La Promenade Mall di sini, semalam.

Mengenai bajet yang diperuntuk­kan untuk pemban

gunan Galeri Seni Sarawak di bangunan lama Pejabat Percetakan Kerajaan pada tahun 1908, Abdul Karim berkata keputusan masih belum dibuat kerana ia bergantung kepada keadaan bangunan dan tahap pengubahsu­aian yang diperlukan.

“Mengenai galeri seni, terdapat sedikit masalah dengan lantai kerana penggerudi­an saliran mengakibat­kan sedikit kerosakan.

“Penyelengg­araan tambahan diperlukan bagi memelihara bangunan warisan ini.

“Bagaimanap­un, di sebalik cabaran ini, Sarawak tetap komited untuk menubuhkan pelbagai galeri seni, galeri kraf dan pusat seni persembaha­n,” jelasnya.

 ?? ?? PELAN: Abdul Karim ketika ditemui pemberita, semalam.
PELAN: Abdul Karim ketika ditemui pemberita, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia