Utusan Borneo (Sarawak)

Tampil santuni golongan memerlukan

Kerajaan alu-alukan lebih banyak badan korporat hulur bantuan, sokongan: Fatimah

- Oleh Jessica Jawing Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

KUCHING: Kerajaan mengalu-alukan lebih banyak badan korporat, institusi swasta dan individu tampil membantu dan mengambil berat terhadap golongan yang memerlukan termasuk kanak-kanak.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak amat bermakna kepada mereka yang memerlukan.

“Kerajaan amat berharap lebih banyak badan korporat, institusi swasta dan individu tampil membantu dan terus mengambil berat kepada golongan yang memerlukan.

“Anda boleh terus menawarkan perkhidmat­an penting, termasuk program pendidikan, sokongan penjagaan kesihatan dan aktiviti rekreasi bagi memastikan setiap kanak-kanak menerima kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Hari Raya Plaza Merdeka di sini,

Anda boleh terus menawarkan perkhidmat­an penting, termasuk program pendidikan, sokongan penjagaan kesihatan dan aktiviti rekreasi bagi memastikan setiap kanak-kanak menerima kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya.

semalam.

Fatimah berharap program seperti itu akan berterusan dan semua pihak berganding tangan dalam program kebajikan sedemikian.

Beliau dalam pada itu berterima kasih atas sumbangan Plaza Merdeka kepada Rumah Kanak-Kanak Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching.

Katanya, penghuni rumah kanak-kanak berkenaan terdiri daripada kanak-kanak yang memerlukan perlind

ungan dan pemelihara­an seperti dinyatakan pada Seksyen 17(1) (a-k) Akta KanakKanak 2001 (Pindaan 2016).

Beliau memaklumka­n setakat ini, rumah kanak-kanak yang terletak di Jalan Kuching-Serian itu mempunyai 71 penghuni yang tinggal tetap dan sementara.

“Objektif rumah kanakkanak ialah memberi penjagaan dan perlindung­an kepada kanak-kanak serta menggalakk­an pertumbuha­n dan perkembang­an yang sihat (fizikal, mental dan emosi)

di dalam persekitar­an yang tenteram dan harmoni.

“Rumah kanak-kanak Kuching merupakan Tempat Selamat bagi pemelihara­an dan pelindunga­n kanakkanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah Seksyen 54 Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan)2016,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, rumah kanak-kanak itu dibina di atas sebidang tanah dengan keluasan 9.83 ekar pada tahun 2001 dan mula beroperasi pada 16 Mei 2007.

Katanya, ia kemudian diwartakan sebagai Tempat Selamat bagi pemelihara­an dan perlindung­an kanakkanak pada 9 Oktober 2003 dan kini dikenali sebagai Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Kuching.

Pada majlis itu, pihak pengurusan pusat beli-belah Plaza Merdeka menyampaik­an sumbangan RM10,000 kepada Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah, Kuching sebelum disusuli dengan majlis berbuka puasa bersama penghuniny­a.

 ?? ?? TANDA PENGHARGAA­N: Fatimah (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada pihak pengurusan Plaza Merdeka pada majlis Pelancaran Hari Raya Plaza Merdeka, semalam.
TANDA PENGHARGAA­N: Fatimah (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada pihak pengurusan Plaza Merdeka pada majlis Pelancaran Hari Raya Plaza Merdeka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia